Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Lama jugak tak bersiaran di blog ni... Allahuakbar..agak sibuk kebelakangan ini..
Banyak sangat hal dunia yang nak dikejar... Kelas tak habis2... kalau tak habis silibus, kesian pulak kat pelajar2. Berdosa pula nanti, tak mampu nak menerima hukuman Allah. Tanggungjawab wajib dijalankan. Itu adalah amanah. Itu dari segi kerja, pastu lepas kerja, beralih pula pada tanggungjawab hidup yang lain, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak. Nasib baik lah Allah tu kurniakan keluarga yang memahami. Alhamdulillah, ke hadrat Illahi. Doa setiap hari, semoga Allah mudahkan semua urusan urusan.
Bila menjalani kehidupan ni, selalu berpesan pada diri sendiri, 'kalau tak boleh nak menyenangkan orang, at least janganlah kita menyusahkan orang pula'...so dalam menjadi manusia yang memegang pelbagai peranan ni, diri sendiri ni pun cubalah untuk tidak menyusahkan orang lain termasuklah keluarga sendiri. Ada masalah berat sekali pun, diri sendiri akan selesaikan sendiri, kadang kadang tu, diri ini adalah jugak share masalah dengan kawan kawan dan adik beradik. Maklumlah, diorang sahaja yang sudi mendengar. Kadang kadang orang yang rapat, sebumbung dengan kita pun tak terpilih untuk menjadi pendengar kepada masalah kita...kenapa? Sebab perhatian kepada diri kita tu tiada atau terlalu rendah level perhatiannya terhadap diri kita. Maklumlah tiada kepentingan untuk diberi perhatian yang lebih pada diri kita, tidak mendatangkan keuntungan perhaps.. Anyway, tidak menjadi masalah sebab diri sendiri dah adapted dengan keadaan tersebut... Allah tu Maha Mengasihani pada hambaNya.. Alhamdulillah, ada sahaja orang yang diri ini boleh share...
Walaubagaimanapun, diri sendiri ni, selalu tak tahan dengan pengungkitan perkara - perkara yang lepas. Memang dah jadi kelaziman, diri sendiri tak suka ingat perkara-perkara yang lepas terutama perkara yang mendatangkan musibah. Things that settled in past will never stick in my mind anymore.Sometimes myself feel upset whenever somebody that myself loved did pry the past. Really hurt myself.
Sesungguhnya Allah Taala Maha Berkuasa, ampunkan diri ini sebab terkadang, diri ini terfikir, kenapa diri sendiri tak dapat nak rasa happiness macam orang lain?
Walaubagaimanapun, diri sendiri cepat cepat menyedarkan diri sendiri sebab ini semua adalah ketentuan Allah Taala. Pengajaran yang diri sendiri dapat kat sini adalah; Mungkin kita rasa apa yang berlaku adalah tidak adil tetapi kita kene ingat bahawa setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah ketentuan dari ALLAH, makanya, Allah itu Maha Adil dan itu sebenarnya keadilan yang kita dapat atas sesuatu yang mungkin kita sendiri pun tak dapat nak bongkar puncanya... Wallahualam...Jadinya, diri sendiri menjadi redha.
Diri sendiri selalu berdoa semoga, semua yang berlaku akan mendatangkan hikmah yang indah akhirnya.
Diri sendiri pun sedar, hidup ini perlu pengorbanan, diri sendiri mesti rasakan happiness walaupun kadang-kadang syok sendiri. hehehe apa nak buattttt.... Kita tak menyusahkan orang, tapi sejauh mana kita perasan yang kita ni tak menyusahkan orang lain??? Itu persoalannya...
Jadinya, diri sendiri teringat kata - kata Pakar Motivasi, selalu lah kita memaafkan orang supaya hati kita sentiasa bersih dan tidak berprasangka buruk pada insan lain... InsyaALLAH...