AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Rabu, 28 Ogos 2013

Lima hari berkampung di UTHM

Salam...
Hari ni baru le ada kat Melaka setelah 5 hari berkampung di UTHM Batu Pahat sempena Perhimpunan Kebangsaan JPAM dan Pertauliahan kali ke4.
Semua Kapten Bersekutu, Siti Aisyah Yahya, Norizan Mohd Noh, Jamil and aku le yg terlibat.
Kali ni KUIM menghantar kontijen seramai 84 org termasuklah peserta, urusetia dan calon tauliah.
Dah ada pertandingan, ada kalah ada menang, so xda satu pun pertandingan kemahiran yg KUIM menang. Xpa la, in future we will do the best. Tapi KUIM ada Kor Sispa terbaik. Ok lah tu kannn...
Orait, such a good experience kat sana. Dapat peluang menguruska  pelajar dr fakulti lain, kenal dgn ramai taulan...dan dapat jmp and beraya kt sana lah...
Penat tetap penat...weekend kene kerja...dgn panas terik, sampai berbelang muka. Pi outstation ni bukannya pi makan angin tp pi kerja tau. Mmg penat. Tp takpe, utk mendapatkan experience kannn.... next turn kitorang nak pi batu pahat lagi utk makan mi racun. Rugi siott tak pi mkn mi racun. Pastu ada kerang goreng lak tu kat area Senggarang. Takpe  infuture kite pi ok. So parit raja x jauh dari UTHM, kami memborong kerepek laa ..
Then satu lagu tempat yg mmg famous iaitu Ayer Hitam... apa lg kerepek lagi le...anak patunf segala macam...tapi aku beli keledek madu and kerepek aje kt situ  utk tambahan krepek yg kitorang beli kt parit raja.
Oklah,  badan dah penat...mata dah kecit dah ni...ngantuk ...
Nanti kita jumpa lagi ok... enjoyyyy  

Sabtu, 24 Ogos 2013

Perhimpunan JPAM ke 4

Assalamualaikum...lama sudah tidak bersiaran di blog tersayang ni... blog luahan hati, blog catatan pengalaman dan mcam2 lagi lah...
Okay, kali ni mau story pasal aktiviti JPAM. Maklum le dah jadi Kapten Bersekutu ni. Untung2 leh naik pangkat lagik kuikuikui.
Last year kami ditauliahkan di UMT pd perhimpunan JPAM kali ke 3. Masa tu kat Trengganu. Best gak le...menyelam sambil minum ayor...sambil ditauliah sambil makan angin kt pasaw payang. Makang kopok lekow...
Kali ni lak kat UTHM..Batu Pahat, Johor. Ermmm buleh le...5 hari kita berkampung kat sini.
Ok...kali ini, KUIM masuk sume pertandingan, kawad kaki, pertolongan cemas, menyelamat tempat tinggi, melawan kebakaran and explorace. Aku jadi pengurus pertandingan pertolongan cemas.
Ok lah...ni baru first day...24 August 2013...nnt aku update lagi dalam blog. Hopefully ada masa le nak update ASAP.