Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Sekali lagi kita bernukil di sini.
Allahurabbi...kuasaNya amat maha...
Aku diuji lagi...
Aku merintih pada Nya memohon keampunan, memohon kemudahan dan memohon perlindungan.
Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah.
Ini keadilan yang perlu aku terima. Mungkin Allah merindui aku...begitu juga aku.
Di saat aku diuji...aku bersolat diiringi airmata.
Mengenangkan dugaan yang hebat. Bagaikan tak termampu ditampung. Begitu hebat kuasaMu Ya Allah.
Tiada yang memahami hambaMu ini kecuali Engkau Yang Maha Mengetahui.
Aku redha dengan jalan hidup yang telah tertulis olehMu. Aku jalani dengan izinMu.
Kerana aku yakin dengan kuasaMu...
Kerana aku yakin dengan perlindunganMu...
Kerana aku yakin Kau bersama sama aku.
Allahuakbar...
Aku manusia biasa...aku bermohon pada Mu...kuatkan imanku, tingkatkan kesabaranku...berikan petunjuk ,lindungilah aku sekeluarga.
Aku hanya insan yang lemah dan hina...
Kuatkan aku Ya Allah dan semoga aku dapat teruskan hidup demi keluarga tercinta...menyara dan memelihara...
Namaku bukan namamu... Kisahku bukan kisahmu... Caraku bukan caramu... Tetapi aku milikMU Ya Allah...
AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...
Rabu, 2 Oktober 2013
Ujian dariNya
Langgan:
Catatan (Atom)