
Bismillahirrahmanirrahim
Dah lama rasanya tak berblog.
Maklumlah, banyak perkara yang dibuat. Tapi Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan olehNya untuk bernukil dalam blog ini.
So actually, sekarang, teringin nak menukilkan sedikit tentang matlamat. Idea ini singgah bila membaca buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar yang bertajuk 'Buat Jangan Tak Buat'.
Kalau diikutkan, pepagi memang tak membuka buku untuk membaca sebab sibuk nak uruskan kelas dan tugas2 lain, tapi Allah detikkan hati ini untuk bukak buku tersebut, sebab mungkin nak mencari kelainan dalam set induksi kelas.
Okay, berbalik pada tajuk matlamat ini ya.
Menurut buku ini, matlamat kita terbahagi kepada 3 yakni, matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek dan matlamat semasa.
Orait, selama ini, saya sendiri meletakkan maksud matlamat jangka panjang itu sebagai matlamat saya contohnya, matlamat jangka panjang saya adalah untuk meningkatkan kebolehan diri dalam mencapai kejayaan. Dan saya rasa, kebanyakan dari kita juga memikirkan perkara yang sama.
Akan tetapi setelah membaca buku motivasi ini yang dikarang oleh pakar motivasi ini, ianya membuka mata dan minda saya kerana sebenar - benarnya, matlamat jangka panjang kita adalah ALLAH SWT.
Ya Allah, terasa hati ini macam terpukul, sebab kenapalah tanpa disedari, saya tidak meletakkan Allah sebagai matlamat utama saya. Nampak sangat yang saya ini manusia yang hanya mementingkan dunia semata - mata.
Matlamat jangka panjang kita semua adalah Allah, yang mana kita tidak mahu tersasar dari jalanNYA. Bagi mencapai matlamat, kenalah ada perancangan dan perlaksanaan, jadi dalam konteks ini, ibadah kita perlu dikukuhkan, patuh pada perintah Allah, ikut sunnah Rasulnya SAW. Tahap keimanan perlu ditingkatkan.
Seterusnya, matlamat jangka pendek pula adalah matlamat yang biasanya berbentuk keduniaan. Iaitu matlamat kita sendiri, yang mana, suka atau tidak, mau atau tidak, ianya perlu dilakukan. Contohnya, matlamat kita untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita tempuhi.
Matlamat semasa pula, adalah matlamat there and then...contohnya, matlamat pada hari tersebut. Contoh, saya masuk mengajar hari ni dan matlamat saya adalah supaya pelajar saya faham apa yang saya terangkan pada masa itu.
So sekarang dah nampak kan...perbezaan - perbezaan jenis matlamat ini. Alhamdulillah, saya dapat berkongsi perkara yang elok dengan anda semua. Seeloknya, letaklah Allah sebagai tujuan hidup kita, InsyaALLAH berkat dan tidak tersasar dari jalanNYA. Marilah kita sama - sama renungkan dan reset niat kita kepada yang lebih baik.
Sekian saja untuk masa ini, semoga hidup kita lebih bermakna dan berjaya.
Amin
Wassalam.