AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Isnin, 23 Jun 2014

Hari ini hari Isnin

Bismillahirrahmanirrahim
Isnin datang lagi
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Isnin akan berkunjung...
Hari pertama dalam minggu...hari pertama setelah kita melalui minggu minggu lepas...
Permulaan selepas penghujung minggu. Hari demi hari, Isnin demi Isnin dilalui, usia semakin bertambah dan semakin pendek hakikatnya. Semakin dekat dengan penghujung hidup, walau Isnin pengawalan minggu selalu berkunjung.
Semakin pendek umurku,semakin banyak perkara yang berlaku. Pengalaman tidak mengeringkan kuku.
Menjadi manusia pelbagai peranan. Dari kuli ke pelbagai jawatan. Lain jawatan lain pengalaman, lain ujian...
Semua harus ditelan demi menjalankan amanah ,korban perasaan, masa dan banyak lagi sehinggakan kadang kadang terpaksa korbankan reputasi...
Itulah dia asam garam memegang peranan ketua kepada kakitangan. Jiwa manusia ini kadang kadang tak mampu, banyak sangat terpendam dan terendam. Kebolehan redha meredhai mesti  excellence. 
Semoga dengan berkunjungnya Isnin lagi, kesabaran dan ketabahan akan meningkat kerana Allah akan selalu bersama dengan orang orang yang sabar.
Wassalam.