AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Isnin, 22 September 2014

Umur ku...

Bismillahirrahmanirrahim
Dah lama x bernukil.
Sejak dah pakai Unifi,jarang pula tengok astro.   So cerita Tanah Kubur pun dah lama tak tengok. Baru tadi ni buka astro, so ada pulak cerita ni so tengok kejap.
Bila tengok cerita ini, keinsafan tu mula meresap. Sesungguhnya setiap manusia itu akan merasai mati. Mati itu pasti. Mati itu dekat dan semakin dekat dengan kita. Adakah kita bersedia untuk mati? Adakah kita bersedia untuk dihisab? Adakah kita bersedia untuk berjumpa Pencipta yang maha esa?
Sebenarnya soalan soalan tu bermain main dalam diri sendiri. Tiada siapa boleh menjangka masa itu. Tiada siapa boleh menjangka keadaan itu. Tiada siapa...kerana ianya rahsia Allah. Kadang kadang sendiri terfikir, aku ni takut mati ke? Walhal mati itu pasti. Sakit tak mati tu? Sempat tak aku nak jumpa dengan semua orang untuk aku minta maaf atas segala dosa? Sempat tak aku langsaikan semua hutang piutang aku sebelum aku mati agar roh aku tidak tersangkut di mana mana? Sempat tak? Sempat tak?
Allahurabbi...memang besar kuasaMu. Kalau kataMu 'kunfayakun'...maka aku lah hambaMu yang amat amat lemah. Sebadang mana pun tenaga aku, seramai mana pun yang sayang aku...jika Kau mengambil aku, tiada kuasa yang boleh menahan.
Aku tertanya tanya, boleh ke aku nak menjawab soalan mungkar dan nangkir di alam kubur nanti? Sedangkan soalan itu adalah soalan bocor. Macam senang sebab time talkin akan dibaca lengkap dengan jawapannya. Tetapi ,dapat tak aku dengar ye time tu? Boleh ke aku ingat jawapan jawapan itu? Terkenangkan azab kubur, aduh...peritnya. Cuba fikirkan... kematian itu perkara yang benar, azab Allah itu perkara yang benar,sahih.
Orang takde terfikir perkara kematian ni ke? Aku risau ni sebenarnya. Adakah anak anak aku akan doakan aku?
Ya Allah, banyak soalan aku tentang kematian ni. Semua bermain main dalam fikiran.
Apapun, aku sedar yang aku hambaNya. Memang kita dilahir sebagai hambaNya.  So bila dah pegang title hamba ni, kene beringatlah untuk menjalankan tugas.  Tugas tugas wajib. Solat 5 waktu, puasa,  berbuat baik. Dan semua perintah Allah kene ikut. Jangan tersasar. Kalau tersasar, balik ke pangkal jalan. Istiqamah di jalan Allah. Kita semua akan mati. Kita semua akan dinilai dengan perbuatan kita di dunia. Berdoalah kita agar kita mati dalam keadaan mulia. Berdoalah agar kita dijauhkan dari azab kubur.  Berdoalah kita supaya kita sentiasa berbuat baik, memaafkan orang lain. 
Berdoalah kita supaya Allah berlemah lembut denga  kita.
insyaAllah lumayan hasilnya.
Ok...gtg...
Nanti leh bernukil lagi.
Wassalam.