AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Selasa, 15 Disember 2015

Bos selalu jahat ke?

Bismillahirrahmanirrahim
Lama dah tak berkarya. Maklumlah agak sibuk dengan kerja, famili dan tugasan. Orait, malam ni terpanggil untuk menukil. Pasal apa? Ni pasal bos la. Selalu...terlalu common bila sebut bos saja, jarang ada isu positif. Majoritinya adalah negatif. Ermm...kadang kadang, otak ni mulalah membentuk dan mengiyakan teori yang sesiapa saja yang cuba mempositifkan keadaan akan dipandang negatif.
Kenapa isu negatif banyak landed pada bos? Selalu kan kita dengar...eh..bos aku ni teruk la. Ehh...bos aku ni kejam, zalim. Ehh bos kau tu gila kan, takde perasaan ke bos kau? Dan macam macam lagi lah. Dulu aku pun macam tu. Apa yg korang faham tentang 'bos' ni? Bos ni sapa? Kompom2 korang akan cakap, bos tu ketua kau la bongok...hape la sengal nau kau ni?...
Okay...good, at least korang tau apa maksud bos. So next question is...apa fungsi bos atau ketua ni? So apa jawapan yang akan korang jawab? Bos ni jadi leader...mengetuai sesebuah kumpulan, wakil organisasi...kiranya mcm kepala kepada badan lah. So bos ni selalunya memberi arahan, menilai...melihat...
Senang kan keje bos...itu adalah yang common. Tapi pada pandangan aku lah kan...(blog aku...aku punya pasal lah nak bagi pandangan ke tak)... nak jadi bos bukan mudah. Tanggungjawab besaw. Arahan yg dikeluarkan itu bukanlah suka2. Bos pun manusia. Bila mampus, reput dimakan ulat juga. Tiada yang istimewa. Cuma yg diberi tugas menjadi bos ini tanggungjawabnya berat dari yang lain. Bos kene make sure kualiti selalu optimum. Kualiti apa? Kualiti kerja ler, kualiti kerja sapa? Kualiti kerja staff dia la. Bos yang normal akan mewakili staf atau jabatan dia bukan menekan atau mengarah tanpa bersama2 melaksanakan tugas. Kalau staf kerja bagus, maka adalah hikmahnya. Bos bukan penentu rezeki korang. Macam aku kata tadi, bos pun manusia biasa bukan wali. Bos pun kene tekan dgn bos atas dia. Kauorang ingat kourang je kene tekan. Bos lagi la byk musibat kene hadap. Pastu, dapat lak staf yg berkonsep 'musibat makers'...lagi la pening kepala bos. Staf punya keje x siap, bos yang kene. Staf isi borang x lengkap, bos yang kene. Staf buat buat hal, bos kene jawab. Pendek kata, staf buat hal, bos yang akan hadap dulu.
Korang tau tak perasaan bos yang juga manusia macam korang ni? Allah saja yang tau. Eleh, kau jadi bos,gaji besaw, ada elaun. Wei tu semua berbaloi dengan kerja nak menyelesaikan musibat korang lah. Tak berbaloi. Bos balik keje lambat, staf amek tau ke? Bos takde masa dengan famili, staf simpati ke? Yang staf tau, cuti wajib di approve oleh bos, kalau x approve, staf memberontak. Yang staf tau, pergerakan gaji ada, kalau xde, sah lah tu bos sekat rezeki dia. Yang buruk bos...itu lah manusia, kenapa mesti susahkan bos? Apa yang staf nak, dapat...pun masih burukkan bos. Kau tau x, beban bos ni macam mana? Siksa weiii....bukan senang. Kau nampak je aku gelak, senyum...tapi kau tetap x tau apa yang aku hadap.
So ubahlah minda. Bersangka baik lah selalu. Jangan asyik nak kutuk bos. Berilah kerjasama. Bos pun tertekan.
Ok bai...