AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Isnin, 7 Mac 2016

Kachiwa...Kechewa...Kekwa..







 Bismillahirrahmanirrahim

Salam salam salam
Ketidakseimbangan hormon ke? Atau kifarah dariNya...?
Ujian dari Nya...pasti ujian dari Penciptaku...
Allahurabbi... moga dosa-dosa kita semua diampunkan Allah. Terasa sakit kat sternum ni, perghh hebat kesan terhadap fisiologi badan. Psikologi tak yah cakap lah, memang deteriorated. Kan....percubaan untuk menjadi hero gagal menjunam. Niat nak membantu, tapi interpretasi orang, lain pulak, makanya dosa yang kita dapat sebab mungkin dikira sebagai menganiaya sesama hamba. Wallahualam. However, i am having the effect right now. Muhasabah diri banyak2. Moga ini dapat menghapuskan dosa-dosa kita sebagai hambaNya.
Bila nak bernafas terasa berat, bila terkenangkan sifat manusia yang memerlukan bila ada kepentingan sahaja. Bila diperlukan, hilang entah ke mana. Memang dasar manusia sebegitu. Pada Allah lah tempat mengadu, Allah rindu pada kita, kita pun rindu padaNYA.
Bila terasa kecewa, semua perkara menjadi punca sedih. Aduhai, tak sukalah emosi macam ni. Sangat tak suka sebab ini bukan rutin diri. Tapi, lagi sekali, kita bukan hero, banyak mana kebaikan yang kita buat, tak semua malah kadang2 tak satu pun yang dilihat manusia jika tiada berkaitan dengan kepentingan mereka. Tapi Allah kata, berbuat baik lah sesama manusia. So teruskan berbuat kebaikan kerana, kebaikan yang kita buat adalah untuk ALLAH...
Bila susah, tiada siapa disekeliling. Tiada kawan yang menyokong, sebab kawan pandang kita tak setaraf. Walhal, kita ini manusia biasa.
Cuba, cubalah kita renggang sedikit dengan bahan-bahan leka. Kadang-kadang ini juga menjadi punca.
Pengajarannya, kita kena sedar yang kita ni manusia biasa, boleh bersedih, boleh kecewa, boleh kecik hati, boleh happy, boleh apa2 aje lah yang mampu oleh manusia. Tapi, jangan buat jahat, Allah tak suka sebab nanti Allah balas kejahatan tu nanti, tak mampu badan nak menanggung.
Semua ini pengajaran.
#taksabarnakmasuksyurga
#layakkenakmasuksyurgatu?