Salam...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi
Hidup sebagai seorang pengajar ni bukannnya senang..
Sebagai pengajar, kita diberi amanah untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid kita.
Untuk menjadi pengajar yang baik dan berjaya, pertama - tamanya niat kenelah ikhlas. Dalam apa saja tugas atau perkara yang kita lakukan, walau di mana pun berada, niat MESTI ikhlas. Kemudian, seorang pengajar itu, hendaklak sayang kepada pelajarnya bagaikan anaknya sendiri. Walaubagaimanapun, sedangkan anak sendiri pun kadang - kadang ada yang melukakan hati, apatah lagi pelajar.
Jadikan, sepandai mana pun seseorang pelajar itu, tidak akan berkat ilmunya jika dia tidak menghormati gurunya.
Orang yang mencintai ilmu akan menghormati orang yang berilmu, menghormati orang yang berilmu akan memudahkan keberkatan ilmu. Di samping itu juga dia juga akan mendapat pahala ibadat semasa menuntut ilmu. Antara adab seorang murid dengan gurunya:
1. kasih kepada guru sepanjang hayat.
2. berbaik sangka terhadap gurunya, jgn sesekali mencurigainya.
3. merendah diri dgn guru walaupun usianya lebih muda.
4. mematuhi dan mentaati perintah dan arahannya.
5. mengemaskan diri sebelum masuk b'jumpa dgnnya.
6. menghormati majlisnya.
7. menghadiri majlisnya lebih awal sebelum dia sampai.
8. membelanya jika ada org yg cuba memburukkannya.
9. menghormati keluarga dan zuriatnya.
10.tidak bersahabat dgn musuhnya dan tidak membenci org yg dikasihinya.
11.suka berkhidmat utknya.
12.sentiasa memberi salam apabila b'jumpa dgnnya.
13.jgn membanyakkan b'cakap-cakap dihadapannya.
14.jgn b'cakap sebelum guru bertanya.
15.jgn bertanya kpd guru sebelum meminta izin.
16.suka meminta pendapat atau pandangan terhadap sesuatu perkara yg akan dilakukan.
17.jgn menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap pendapatnya.
18.jgn mengisyaratkan kpd guru dan menyalahi pendapatnya dan rasa lbh pandai dr guru.
19.jgn berbisik-bisik dgn org yg duduk ditepinya ketika guru memberi pelajaran.
20.jgn b'paling ke kiri dan ke kanan dihadapan guru.
21.jgn byk bertanya kpd guru ketika dia letih.
22.apabila guru b'diri hendaklah kita berdiri utk menghormatinya.
23.jgn b'tanya ketika dia bangkit dari majlisnya atau ditengah jalan kecuali dia sampai dirumahnya atau ke tempat
duduknya.
24.jangan buruk sangka t'hadap guru apabila melihat guru mengerjakan sesuatu pekerjaan yg pd zahirnya menyalahi
ilmunya (bukan perkara agama).
25.bersungguh-sungguh mengikut arahan guru.
26.suka b'hubung dgn guru utk mendalami ilmu.
27.jgn banyak bercakap dihadapan guru sebaliknya mendengar percakapannya.
28.rendahkan suara dihadapan guru.
30.menunjukkan kesungguhan ketika belajar dgn memberi perhatian atau membuat catatan.
31.cuba mencontohi akhlaknya.
32.mengucapkan terima kasih dan sentiasa doakan kebahagiannya.
33.jgn tipu pertanyaan dari guru tentang diri kita.
34.mengunjunginya ketika sakit,apabila dia meninggal dunia,sembahyangkannya dan mengiringinya ke kubur.
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua.
Wasssalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan