
Bismillahirrahmanirrahim
Salam 1 Malaysia
Salam 1 Melaka
Salam 1 KUIM
Salam 1 rumah..hehehe nak praktis jadi skema sikit kuikuikui
Okay, Semalam i on leave, went for my follow up at Klinik Masjid Tanah for my..ehem ehem...
Well, not much different treatment, they review my blood result, my cholesterol at border point which is 5.2, and tablet of statin still need to be continue while the rest also the same. Ok next follow up will after 3 months lah that is in Feb 2014.
Orait and today, i went to do my running assessment with students.
1 thing for sure, some students are still having low level of knowledge, quite disappointing because they are now realize regarding this. Anyway, students are still students...motivation all the way.
Besides that, i learn something today, i found the abbreviation of RDV on 1 of patient here in hospital. Walaupun dah bergelar pengajar, tak semua ilmu tu are well covered, ada perkara yang kita tak tau di luar sana, so terlanjur dah berada di kawasan klinikal, i try to learn an extra things.
So this RVD ni menarik perhatian i ler...i pun browse there and then sebab nak tahu...tu la kan, heran dengan students ni, sepatutnya diorang lebih ada 'queryness' tu lebih dari aku sebab diorang ni muda2 belia, semangat ingin tahu patutnya lebih pada diorang bukan pada aku yang dah separuh umur ni. tapi aku yang lebih2.
Ok sharing is caring, RVD stand for Retrovirus Disease. RVD ni adalah dalam keluarga virus Retroviridae. So virus jenis ni mempunyai bebenang tunggal RNA. Virus ini dikatakan unik kerana RNA nya mampu membawa maklumak genetik dan tidak seperti mikroorganisma yang lain di mana DNA yang membawa maklumat genetik. Terdapat enzim spesifk di dalam virus ini yang berkebolehan untuk melakukan reverse transcriptase yang mana membolehkannya menyalin DNA dari RNA semasa menyerang (invade) sel hos.
Dan apabila material genetik tadi berintegrasi dengan hos, retrovirus itu akan menjadi sebahagian dari hos genom untuk hidup. Dalam ertikata lain, virus ini menjadi sebahagian daripada DNA perumah tersebutlah...
However, kebanyakan virus ini adalah harmless, tetapi terdapat juga beberapa yang boleh menyebabkan penyakit yang serius kepada haiwan dan juga manusia contohnya tumor, penyakit auto imun, anemia yang jarang berlaku, immunodeficiency syndrom, termasuk sindrom kurang daya tahan (AIDS), yang dikaitkan dengan jangkitan HIV.
Sejak tahun 1980, terdapat 4 retrovirus manusia yang dikenalpasti yang menyerang sel sistem imun iaitu CD4-bearing T-sel dan ianya juga dapat dikesan didalam vitro.
Disebabkan retrovirus ini cenderung untuk bermutasi, maka virus jenis ini lazimnya resistan pada antiviral dalam jangka masa yang singkat.
So Retrovirus Disease selalunya dikenali sebagai HIV. Perebakannya juga adalah sama dan rawatannya adalah HAART (Highly Active Anti Retroviral Therapy). Akan tetapi, HAART bukannya penawar kerana, sama seperti HIV, penyakit ini belum ketemu penawarnya. Rawatan yang ada sekadar perencat kepada aktiviti virus tersebut.
So ini adalah di antara info yang i dapat setakat ini. Selain daripada ubatan, kaunseling dan pemakanan yang sihat adalah penting kerana ini dapat memanjangkan hayat pesakit.
Pemakanan yang berkhasiat dapat membantu mengelakkan pesakit daripada mendapat komplikasi penyakit dan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat juga dapat membantu pesakit dari mendapat kesusutan berat badan serta membantu penyerapan ubat dengan sempurna.
So sampai kat sini saja lah nukilan i untuk malam ini.
By the way, sebenarnya, i rasa simpati terhadap pesakit ni sebab i diberitahu yang beliau mempunyai 2 orang anak...semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau dan kesejahteraaan kepada anak2nya juga. In Shaa Allah..Sesungguhnya Allah yang mengetahui segala2nya.
Wassalam...
Assalamualaikum encik/cik.. pnyakit RVD ni boley brjangkit kpd org lain ke? Atau ianya hnya menurun kpd kturunan?
BalasPadam