Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi kita di arena penulisan yang tak seberapa ini. Makkumlah belum pakar dalam bidang menulis nulis ni. Ayat pun kadang - kadang x capai maksud. Hehehehe .
Okay, 12 Mei 2015...tarikh hari ini, adalah tarikh yang dinobatkan sebagai hari jururawat sedunia. Aku didaftarkan sebagai SRN pada tahun 1998 setelah lulus ujian perlesenan dan tamat pengajian Diploma Kejururawatan di Mahkota. Alhamdulillah,profesion ini telah membawa aku melangkah agak jauh dan juga meningkatkan jati diri aku. Abah mak..thanks for supporting me...hubby as well...and support from my children.
Well, dekat 17 tahun tu aku memegang title SRN...fuuhhh..tua dah aku ni. Kau dulu, aku kerja di service site...the whole hospital will celebrate our day. They appreciate us as a nurse. But since I've joined in academic site, no more people will celebrate for us. Only us...will appreciate our title...our pengorbanan. Agak sedih, kami mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi perawat professional. Kadang-kadang rindu zaman at service site, pakai uniform nurses...with the precious cap. Giving injection, setting up iv line, doing dressing, dictate report, oncall, passing report, calculate census, rendered nursing care.
Seriously, aku rindu itu semua.
Nurses ni banyak jasanya, betul, kita korbankan macam-macam. Quality time with family is limited. Hari raya, baju raya kami adalah uniform. Beraya rumah kawan-kawan dengan uniform, sometime, we just change our top uniform to tshirt. Kasut raya...ermmm pakai time raya pastu simpan sampai reput. Baju kurung, sepasang jer...hehehe janji pakai on raya pertama. Cuti raya gilir-gilir. Sebab apa? Tugas menjaga pesakit itu kami utamakan. Bulan puasa...lagi lah. Kadang-kadang time dekat berbuka tu lah patient buat gimik. Malaikat maut datang menjemput time dekat berbuka. Alahaiii...kami uruskan juga. Delay makan...hanya air membasah tekak kami. Tapi actually, kami tak kisah semua tu sebab itu dah tugas. Kami buat ikhlas. Time offday kadang-kadang dipanggil untuk ganti rakan sekerja yang ada hal kecemasan. Yang paling best, kalau sarat pregnant, i tell u, time-time menunggu hari nak bersalin tu, kami prefer kerja sebab apa...lepas kerja kita mandi pastu check in labor room. Hahahaha...balik dari kerja terus bawa baby. Kuat tak kami? Alhamdulillah, Allah maha mengasihani. Mudah tugas kami. Kami hargai diri kami walaupun orang lain x memandang dan malah x ketahui sejarah pengalaman kami sebagai jururawat di hospital suatu masa dulu.
Sekarang kami mendidik anak-anak bangsa agar mereka tidak lupa diri, agar mereka berkhidmat dengan ikhlas. Agar mereka menjadi lebih baik dari kami. InsyaAllah. Okaylah, kalau nak cerita pengalaman yang 17 tahun tu memang kene karang life travellog...hahaha
So jadikalah ia kenangan yang terindah dalam hidup kita. Terima kasih Allah kerana beri peluang dan jalan ke bidang ini.
Aku bangga aku seorang jururawat.
Sekian...nanti kita share lagi ye.
Wassalam.
Namaku bukan namamu... Kisahku bukan kisahmu... Caraku bukan caramu... Tetapi aku milikMU Ya Allah...
AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...
Selasa, 12 Mei 2015
Selamat Hari Jururawat 2015
Jumaat, 1 Mei 2015
Bila Hajat Tak Sampai
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini...Alhamdulillah, salah satu pilihan telah dipilih. Telah ditimbang telah diukur. Biar hati dah sayang tetapi terpaksa akur dengan kehendak sekeliling. Kenapa? Kenapa pilih jalan ini? Tak payahlah dicari punca. Tak payahlah dicari sebab. Tak payahlah dicari salah. Mungkin...ini jalan permulaan yang tidak semudah yang lain. Demi tugas, keakuran itu diberi. InsyaAllah, ada jalannya.
Nak marah? Nak menyesal?
What for? Setiap tindakan ada hikmah sebab setiap tindakan itu digerakkan oleh Allah. Kita minta dariNya. Kita mohon dariNya. Dan Dia beri jalan sebegini. Ada kebaikannya.
Pada yang menyokong, terima kasih banyak diucapkan. Hanya Allah yang balas budi baik anda. Pada yang melukakan hati, kemaafan diberi. Selebihnya diserahkan kepada Pencipta yang maha adil.
Semoga Allah terus terusan mudahkan urusan kami...
InsyaAllah.