AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Jumaat, 1 Mei 2015

Bila Hajat Tak Sampai

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini...Alhamdulillah, salah satu pilihan telah dipilih. Telah ditimbang telah diukur. Biar hati dah sayang tetapi terpaksa akur dengan kehendak sekeliling. Kenapa? Kenapa pilih jalan ini? Tak payahlah dicari punca. Tak payahlah dicari sebab. Tak payahlah dicari salah. Mungkin...ini jalan permulaan yang tidak semudah yang lain. Demi tugas, keakuran itu diberi. InsyaAllah, ada jalannya.
Nak marah? Nak menyesal?
What for? Setiap tindakan ada hikmah sebab setiap tindakan itu digerakkan oleh Allah. Kita minta dariNya. Kita mohon dariNya. Dan Dia beri jalan sebegini. Ada kebaikannya.
Pada yang menyokong, terima kasih banyak diucapkan. Hanya Allah yang balas budi baik anda. Pada yang melukakan hati, kemaafan diberi. Selebihnya diserahkan kepada Pencipta yang maha adil.
Semoga Allah terus terusan mudahkan urusan kami...
InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan