
Bismillahirrahmanirrahim
Salam Ramadhan, marhabba ya Ramadhan. Aku merinduimu Ya Ramadhan.
Hari ini Alhamdulillah, dapat memulakan ibadah berpuasa hari ke 14. Pelabagi perkara yang berlaku setakat 14 hari berpuasa ini. Well said, Allah Maha Kuasa. Baju raya dah beli? Bagi macam i ni, yang dah jadi mak, kita utamakan dulu keperluan anak - anak. Amak tak berganti baju pun takpa. Dah banyak baju pun, leh pilih mana nak pakai untuk raya. Mahal ke murah, itu aku punya pasal.
So kisah berbuka, makan apa yang ada. Kurangkan berbelanja, sebab barang - barang berharga mewah sekarang ini jika dibandingkan dengan kadar gaji. Suatu perhubungan yang agak negatif. Satu menaik, satu menurun. Faham - faham aje lah. Apa nak dikata, telan sajalah.
Kisah kerja, hahahaha, lagi banyak dugaan. Bukan senang nak jadi ketua. Tak kisah lah nak melawan ke apa, tapi permasalahannya, implikasinya bukan yang empunya badan nak tanggung, yang nama ketua ni jugalah yang dilapikkan. Takpalah kalau dah itu bahagian kita sebagai ketua. Jawatan ketua pun bukan nak pegang sampai liang lahad. Cukup masa, kita serahkan pada yang lebih bijak dan layak. Yang penting, abah pesan, kerja biar ikhlas dan betul. InsyaALLAH, dilindungi dan dimudahkan.
Okay, kisah dunia, macam - macam berlaku. Kes dera anak, kisah berlaku di Kelantan, budak perempuan berusia 5 tahun didera oleh ibu tiri. Simpati dari hati ibu ini. sebab tulang rusuk cracked 13, usus folded, kene cucuh dengan puntung. Aduhai, siksa badan wahai si anak kecil. Kita yang tua ni pun tak tahan sakit, apatah lagi budak berusia 5 tahun. Kenapa mesti budak jadi mangsa? Rumahtangga retak, anak - anak jadi mangsa. Ya Allah, lindungilah anak - anak kita. Ampunkanlah dosa - dosa ibubapa kita semua.
Kisah seterusnya, tentang Me'nate. Nak gelak pun ada, nak marah pun ada. Me'nate ni adalah sebuah restoran Western Food. Kat mana, alamak tak sure lak lokasi. The story is like this, Diva Azwan Ali ni, menyatakan hasrat dia nak makan steak, so adalah peminat dia, cadangkan sebuah restoren dengan mentioned only 'menate'. So Diva ni sudah salah anggap dan cepat melenting serta melatah dengan memaki hamun sang peminat ni. Aku bukan nak buat judgement, tapi aku rasa kedua - duanya ada kesilapan di sini. Sang peminat kenalah komen perkataan yang penuh. Komen sang peminat ni mendatangkan interpretasi negatif pada Diva. Diva pula cepat nau melatah. Dah biasa memaki hamun so latahannya pun makian dan hamunan la. Kisah ini mejadi viral dan biasalah, apabila ramai yang campur tangan, kes mula jadi barah. Melibatkan pula se pemilik restoren. Apalagi, sang Diva lagi la keluarkan skill memaki hamun dia... Macam - macam...
Fine, next, kisah exam LJM. Semalam result dah keluar. Alhamdulillah aku ucapkan. 92% lulus. Ada lah 8% yang gagal. Well, nobody is perfect. Atleast, ada peluang untuk ulang duduk exam. So please study hard lah.
Banyak kisah, kisah yang boleh dijadikan tauladan semua tu. Allah tunjuk kepada kita agar kita insaf, tidak berbuat sedemikian, agar kita jauh dari kemungkaran. Dunia ini milik Allah, bila - bila masa Allah boleh ambil semula. Janganlah kita nak berlagak dengan harta benda, kepandaian dan kelebihan yang kita ada. Kita ni manusia hina saja. Anytime, Allah boleh tarik semula. Ujian Allah bukan dalam bentuk kesusahan sahaja, ujian datang dalam pelbagai bentuk. Kita ni tak bolehlah terikut sangat arus sesat barat tu.
Ada mata..lihat
Ada telinga..dengar
Ada mulut..kawal
Ada otak..fikir dengan waras bukan ikut emosi.
Bila hidup, selalulah bersangka baik..
Setiap apa yang berlaku tu, pasti ada sebabnya.
Muhasabah diri..jangan asyik menyalahkan keadaan.
Sekian saja nukilan di Bulan Mulia...
Semoga Allah berkati kita di bulan mulia ini.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan