AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Sabtu, 28 Januari 2017

Memudahkan itu terbaik

Bismillahirrahmanirrahim
Tak lewat lagi untuk meraikkan ucapan tahun baru walaupun perjalanan sudah melewati hari-hari Januari 2017. 2016 berlalu dengan penuh kejayaan dan kenangan manis. Kegagalan tidak bererti kecundang, tetapi ianya adalah permulaan kejayaan. Teruskan ketabahan dan usaha serta sabar termasuklah doa kepada yang Esa agar kita dimudahkan.
Hujung 2016 menyaksikan ramai rakan taulan ke sana sini membawa anak-anak keluarga bercuti. Walaupun setakat menyaksikan, ianya juga menjadi suatu terapi kerana atas perkongsian pengalaman mereka amat menyeronokkan dan menambahkan pengetahuan. Terima kasih diucapkan. Bila kita nak sebegitu? Kenapa kita tidak sebegitu? Senyummm...dalam hati berkata-kata, hari ini kita mudahkan ....raikkan rakan taulan kita untuk menenangkan hati mereka setelah berhempas pulas berkerja... insyaAllah satu hari nanti, kita pula akan merasai kepuasan sebegitu.
Kita tidak sama, perbezaan kita akan melengkapi keperluan sesama kita. Pengorbanan? Ye....menjadi ketua, bukan untuk diraikkan dan dipuji tetapi menjadi tonggak untuk membantu rakan sekerja agar mereka mudah menjalankan tugas. Menjadi ibu...bukan mudah, selagi anak-anak tidak didepan mata, ke mana-mana pun tiada makna.
Pasakkan dalam hati, insyaAllah pengorbanan dan kesabaran masa sekarang akan dibayar dengan kenikmatan oleh Allah di masa akan datang. Sabarlah menanti...moga kita dapat merasai...
Bersyukur dengan apa yang ada, kerna inilah kecukupan yang diperlukan. Bandingkan kita dengan kecemerlangan orang lain untuk meningkatkan motivasi kita dalam mencapai benchmark. Pandanglah sesuatu yang kurang baik jika dibandingkan dengan kita agar, rasa bersyukur melimpah ruah dalam hati nurani kita.
Wahai anak-anak, teruskan berjuang mencari ilmu dunia dan akhirat. Carilah kebaikan, jauhan kejahatan. Sentiasa bersangka baik...bersangka buruk hanyalah untuk kewaspadaan.

Sekian perkongsian dari sudut hari ini. Tiada kene mengena samada yang masih hidup atau dengan sudah tiada. Hanya luahan diri dan nasihat diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan