AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Isnin, 26 April 2021

Kesan Pandemik: Buruk kah atau Baikkah?













Tahun 2020 adalah tahun bersejarah. Tahun 2020 ini dahulunya ditunggu-tunggu terutama bagi generasi X dan Y kerana kita membayangkan kemodenan teknologi yang tinggi. Apatah lagi kita membayangkan kereta terbang. Akan tetapi sesuatu yang melanda dunia telah berlaku dan memberi kesan kepada segenap aspek. COVID19 telah memberi satu impak yang besar. Wabak ini menyebabkan semua manusia mengawal aktiviti mereka, banyak perkara-perkara rutin yang tidak dapat dilakukan seperti biasa, Samada terhenti atau terpaksa diubah pendekatan atau kaedahnya.
Bermaksud di sini, kaedah konvensional itu tidak dapat dilakukan akibat penangan wabak ini. Begitu juga dengan pendidikan pada semua peringkat. IPT turut terjejas segala operasinya. Sebagaimana yang kita semua ketahui, program pengajian kejururawatan terutama Diploma Kejururawatan mengamalkan kaedah konvensional iaitu majoriti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah bersemuka (face to face). Apabila berlakunya wabak COVID19, semua IPT diarahkan tutup dan pelajar dihantar pulang ke rumah. Bagi pelajar kejururawatan, mereka juga mengalami keadaan yang sama. Mereka tidak dapat menjalani latihan klinikal dan juga kuliah teori.
Fenomena yang berlaku semasa penularan COVID19 ini telah menyebabkan program Diploma Kejururawatan mula memberi perhatian kepada kaedah pembelajaran melalui atas talian. Tenaga pengajar mula mencari platform - platform yang sesuai untuk digunakan sebagai medium pengajaran. Antaranya Google Classroom, Zoom, Google Hangout, Google Meet dan pelbagai lagi. Bagi IPT yang telah sedia ada sistem e-learning, tidak menjadi suatu perkara yang susah kerana telah mempunyai platform atas talian rasmi IPT.

Ketika ini jugalah timbul isu di mana kita rasa tertekan kerana kemudahan internet tidak stabil, keperluan mengajar dan belajar tidak dibawa pulang untuk tujuan 'bekerja dari rumah' atau 'belajar dari rumah'.

Tidak dinafikan bagi program kejururawatan asas ini, latihan klinikal wajib dilakukan secara fizikal bersemuka kerana ini adalah kemahiran praktis. Terdapat juga subjek - subjek teras kejururawatan yang memerlukan kaedah bersemuka secara nyata kerana pengajaran kaedah 'lecture-demo' adalah penting bagi mengajar tatacara kejururawatan. Bila bercakap tentang pengajaran dan pembelajaran,  kaedah penilaian pelajar perlu diambil kira juga. Secara konvensionalnya, dalam program kejururawatan, penilaian pelajar dilakukan dengan peperiksaan yang bersemuka samada duduk di dewan peperiksaan atau penilaian kemahiran kejururawatan. Pendek kata semuanya adalah bersemuka.

Pihak IPT perlu mendidik bakal tenaga jururawat ini secara begini kerana produk daripada bidang ini adalah terlibat dengan penjagaan jiwa manusia. Kualiti bakal - bakal jururawat perlu dipantau dan dijaga melalui perlaksanaan program pengajian yang ditentusahkan oleh pihak - pihak yang mengawal kualiti program.

Bidang pengajian kejururawatan tidak boleh mengabaikan kaedah bersemuka secara total tetapi pada masa yang sama tidak juga boleh menolak kaedah pengajaran, pembelajaran dan penilaian secara tidak bersemuka atau secara atas talian. Bukankah tahun 2020, kita sepatutnya selari dengan teknologi moden.

Peluang semasa fenomena penularan COVID19 inilah perlu kita rebut bagi mengkaji kaedah yang sesuai untuk menambahbaik kaedah konvensional yang diamalkan oleh program pengajian kejururawatan asas ini.

Dari segi kualiti program pengajian, terutama bagi program kejururawatan asas ini, kaedah - kaedah tersebut boleh mengambilkira pendekatan konsep atas talian atau tidak bersemuka ini bagi subjek - subjek sesuai. Walaubagaimanapun, subjek - subjek praktis masih perlu secara mandatori kaedah bersemuka secara fizikal. Mungkin perlaksanaannya boleh dibuat secara akumulasi selepas selesai semua pembelajaran teori.

Dari segi kesediaan pelajar pula, pelajar perlu membiasakan diri dengan pengurusan masa sendiri dengan baik. Perkara ini perlu dipupuk dari awal oleh persekitaran dan tenaga pengajar untuk tidak terlalu 'spoon feed' pelajar mereka.

Selain daripada itu, pihak IPT perlulah menambahbaik sistem atas talian agar dapat lebih mesra pengguna dan mudah diakses.

Di samping itu juga, pihak kerajaan boleh menyediakan kemudahakan internet yang lebih stabil dan juga memudahkan akses keperluan ke arah itu.

Secara rumusannya, pandemik ini telah memberi kesan kepada kita semua. Walaubagaimanapun, kita perlu cari peluang dalam keadaan ini. Tidak salah untuk kita mencuba sesuatu pendekatan baharu dan sesuatu perkara baharu itu sememangnya dinamakan perubahan. Perubahan akan mengundang konflik. Dan apa yang penting adalah 'aftermath effect' itu akan memberi manfaat kepada kita semua. 

Mak Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Okay, part 2.
13hb Mac 2021
Pagi kul 8 cam tulah, sis breakfast dengan che abah and amir. Pastu hati tergerak nak balik Sg Rambai. So sis pun cakap lah kat che abah, 'Che abah, pagi ni makye balik umah mak tau'
Che abah respon, haa okay. 
Okay sis pun take time sweetly lah untuk bersiap sebab memang x plan apa urgent. Cuma sis wasap Win, tanya dia ada plan apa-apa ke? Sis cadangkan kat Win, apakata kita bawak mak makan tepi laut. Win kata mak dah tak larat ler nak jalan-jalan sana sini. Sis respon ler, alah, mak xyah ler turun kereta, kita parking jer kat tepi laut, sama2 makan menikmati keindahan laut tu. Win pun jawab, 'Awak balik ler dulu ke sini'....
Okay, on the way nak balik, win wasap, dia kata mak hypo. Orait, mak selalu hypo and win tau nak buat apa. So sis pun teruskan perjalanan balik. Sampai kat Bemban, Win called, 'Kak Liza, awak ada nak pegi mana-mana ke?'
Sis: Eh..takde lah, ni kan otw nak sampai umah mak, kita dah sampai Bemban ni.
Win: Awak balik lah cepat, mak lain macam ni.
Sis: Mak x setel lagi ke hypo? Gula mak berapa?
Win: Tadi awal 3.7, lepas bagi mak makan, gula mak tak naik banyak , 5.7 je.
Sis: Awak check BP mak tak?
Win: X
Sis: Check dulu.

Sis rasa lain macam sebab Win punya nada tu lain. Sis pun serius teruskan driving. Terasa macam jauh pulak perjalanan walhal dah sampai Bemban tu. Ya Allah...hati tak sedap.

Sampai jer umah mak, terus jengah mak kat bilik. Nampak mak duduk kat tepi katil. Sis tegur mak. 'Mak...o mak....Mak rasa macam mana?'
Mak jawab tapi lain macam bunyinya.
Sis pun tolong Win setelkan siapkan mak, pakaikan diapers, kain batik semua and baringkan mak kat katil. 
Memang hati sis tak sedap tapi tak nak tunjuk kat depan mak dan Win.

Dressing kaki belum buat lagi, so sis suruh win belikan glove sebab nak buat dressing kat kaki mak. Kat kaki mak ada wound kat tumit tu, tak tau lah apa puncanya tapi keadaannya wound memang nampak x elok. Rasa macam 2 minggu sebelum tu sis buatkan dressing kat wound tu, kemain marah lagi mak bila sis bandage kan wound dia. 

So part sedih is coming, time sis masuk bilik mak, sis dah berbau semacam. Tak tau lah bau wound dia ke atau apa. Tu sebab sis beriya nak buat dressing kat mak. Sis bukak wound, buat dressing, Allah.....sekor ulat sis keluarkan. Kat sini, memang sis tak boleh tahan air mata. Sis terus cakap... 'Mak, orang kena bawak mak pegi hospital, orang tak boleh biarkan keadaan mak macam ni'. 
Mak sis memang x suka pegi hospital sebab dia siksa kalau warded, Vein mak memang susah nak cari so memang akan kena cucuk terus. Sis pun siksa tengok. 
Mak tak nak pegi hospital, dia keep on cakap....'tak....tak....takkk....'

Allah... tak mampu rasa nak taip....

Percakapan mak semakin teruk dan menjadi monosyllaby (hanya mampu menyebut 1 perkataan sahaja).
Win pun menangis... 
'Mak, orang kena bawak mak pegi hospital, orang tau mak siksa kat hospital, tapi itu untuk merawat mak, orang lagi siksa kalau orang biarkan mak kat umah tanpa rawatan' Itulah ayat sis masa tu.

Kendian, mak asyik cakap 'itu...itu....itu'

Mak nak duduk, sis x bagi mak duduk....mak sampai mengeluh sebab sis degil x bagi mak duduk. Mak x mampu bergerak dan sis x nak mak jatuh masa duduk. Tu sebab sis x bagi mak duduk. Ya Allah, Mak ampunkan orang makkkkkkkkkk...... 😭😭😭

Sis dah siapkan mak, sis pun arahkan Win siapkan barang - barang mak. Sis suruh Win makan kenyang-kenyang sebab kami semua sedia maklum, urusan kat GH Melaka memang lambat...sangat lambat...tersangat lambat.....kami akan kena menunggu, menunggu dan menunggu....

Ya Allah, sis is sedih ....berjurai air mata sambil menaip ni
Sis rindu mak...
Sambung part 3 yer nanti...


Mak Part 1

Bismillahirrahmanirrahim
Lama tak update dalam blog ni. Last update tahun lepas iaitu 2020.
Tahun 2021 makin bertambah cabarannya.
Sejak tarikh 1 Januari 2021, sis telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai seorang Dekan setelah 6 tahun menjawatnya. Okay, alasan utama adalah untuk menumpukan perhatian kepada pengajian dan tugas sebagai seorang pengajar. Konon.....
Tapi sesungguhnya ada hikmah disebalik itu. 
Apa perasaan pada mula hidup semula sebagai seorang pengajar tanpa jawatan dekan?
Secara seriusnya, sis rasa macam ada hilang sesuatu, kenapa wasap tak sibuk dengan mesej masuk? Then, kenapa banyak perkara sis tak tau tentang staf. Hahahaha, kau dah bukan dekan, so orang / staf dah tak merujuk kau lagi ler... hahahaha
Then, transisi itu kadang2 menyebabkan sis terlupa yang sis bukan lagi bos, nasib baik lah Dekan baru faham. Apapun sis is try hard to not to super impose the history hehehe. Then bila dah lepas sebulan lepaskan jawatan dekan, baru sis rasa macam ringan dan lega. Alhamdulillah.
OKay itu cerita bulan January dan February 2021.
Masuk cerita bulan Mac 2021, 2 Mac 2021, hari jadi mak yang ke 69. Ya Allah, time ni PKPB and tak boleh rentas daerah. So tak dapat nak balik Sg Rambai untuk celebrate, actually memang taklah celebrate sangat tapi memang sis akan balik untuk buat something untuk mak samada masak ke, bawak mak jalan ke, apa-apa sajalah dengan tujuan utama adalah untuk menggembirakan hati mak. Tapi kali ni tak dapat balik. Mak ada call, tapi sis kan ego bangang... tak wish besday pun, tapi dalam hati sis, banyak doa sis panjatkan kepada Allah untuk mak. Sis doakan mak agar selalu sihat, gembira dan sejahtera. Mak ampunkan orang yer....😭😭😭
Okay , bila PKPB dan boleh rentas daerah, sis balik Sg Rambai. Macam biasa, sis selalu buat kepala angin haha, bukan kepala angin degil...tapi jenis saja nak mengusik mak, nak kasi mak marah2 sis, kasi emosi mak aktif and tak memikirkan perkara yang menyedihkan sebab apa tau, mak ni selalu dia fikirkan sangat sakit dia and mulalah nanti dia cakap pasal mati semua tu. Sis tak suka dengar benda - benda semua tu sebab sis tak suka sedih. Tapi hakikatnya, dari mata sis, memang sis nampak keadaan mak memang uzur dari segi kesihatan dia, Kadang-kadang hati sis berbisik sendiri, Ya Allah, janganlah beri kesakitan kepada mak, kasihanilah mak, jangan deritakan mak dengan penyakit dan apa-apa jua. Kasihanilah mak. Okay, kali ni balik, mak suruh sis masak, sis kata sis malas. Mak suruh sis masak telur mata masak kicap. Siap pesan, telur mata tu nak telur mata goyang. Dialog dia macam ni, 
Mak: Za, kau masakkan mak lauk telor goreng letak kicap dengan bawang Za....
Sis: Malas la mak, orang malas nak masak hari ni.
Mak: Alah kau ni, malas nak masak pulak, bukan susah pun.
Sis: Alah, kalau orang masak pun, mak bukannya nak makan. (Mak ampunkan dosa orang mak, bukan niat nak kasar, tapi org kan selalu kasi mak marah saja nak trigger stail mak)
Mak: Aku makan lah. Kau buatkan lah telur mata tu dengan kicap.
Sis: Okay, kalau mak tak makan, siap.... (bukan warning sebenarnya, sis cuma nak trigger mak supaya berselra sikit kalau makan)
Mak: Goreng telur tu, kasi minyak banyak sikit, pastu Za, mak nak telur goyang...
Sis: Kemain mak...siap nak telur goyang.
Sis pun masakkanlah untuk mak. Alhamdulillah, itulah lauk yang mak makan dengan penuh selera. Suka sis tengok mak makan. Alhamdulillah.

Lepas makan, Win ajak sis keluar pi kedai Emas. Time ni kan time I-Sinar bagai, so Win ni time-time ada kitorang balik lah dia nak keluar sebab mak ada orang jaga. Tu pun selalu dia takkan keluar lama sebab mak akan call dia suh balik cepat. So dalam perjalanan tu, sis ada cakap kat Win macam ni:
'Win, kita (sis memang adik beradik akan membahasakan diri 'kita' dan 'awak' bila berborak sebab mak abah memang tak suka kami gunakan 'aku' dan 'kau' kat rumah) tengok mak tu bukan semakin hari semakin sihat ye. (kenapa sis cakap macam ni? sis pun tak tau tapi sis dapat rasakan yang mak semakin di hujung umur). 
Sis cakap lagi, 'Win, awak kena bersedia untuk apa saja keadaan lepas ni. Awak faham tak apa yang kita cakap ni Win?"
Win jawab, "Faham ler, mak tu dah tak larat macam-macam dah".
Dalam hal ini, sis pun dalam keadaan terima dan menolak hakikat. Susah nak terima sebenarnya dan sis tau Win pun sama. 

Mak. ampunkan dosa kami adik beradik mak. Kami memang kasar tapi percayalah mak, kami sayang mak sangat - sangat. Dalam apa saja hal, mak tetap kami utamakan. Orang tau mak banyak berkorban, tak nak anak-anak mak susah, Mak memang cerewet, tapi merungut macam mana pun, kami tetap akan utamakan mak. Ampunkan kami mak.

Sambung part 2.