
Bismillahirrahmanirrahim
Lama tak update dalam blog ni. Last update tahun lepas iaitu 2020.
Tahun 2021 makin bertambah cabarannya.
Sejak tarikh 1 Januari 2021, sis telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai seorang Dekan setelah 6 tahun menjawatnya. Okay, alasan utama adalah untuk menumpukan perhatian kepada pengajian dan tugas sebagai seorang pengajar. Konon.....
Tapi sesungguhnya ada hikmah disebalik itu.
Apa perasaan pada mula hidup semula sebagai seorang pengajar tanpa jawatan dekan?
Secara seriusnya, sis rasa macam ada hilang sesuatu, kenapa wasap tak sibuk dengan mesej masuk? Then, kenapa banyak perkara sis tak tau tentang staf. Hahahaha, kau dah bukan dekan, so orang / staf dah tak merujuk kau lagi ler... hahahaha
Then, transisi itu kadang2 menyebabkan sis terlupa yang sis bukan lagi bos, nasib baik lah Dekan baru faham. Apapun sis is try hard to not to super impose the history hehehe. Then bila dah lepas sebulan lepaskan jawatan dekan, baru sis rasa macam ringan dan lega. Alhamdulillah.
OKay itu cerita bulan January dan February 2021.
Masuk cerita bulan Mac 2021, 2 Mac 2021, hari jadi mak yang ke 69. Ya Allah, time ni PKPB and tak boleh rentas daerah. So tak dapat nak balik Sg Rambai untuk celebrate, actually memang taklah celebrate sangat tapi memang sis akan balik untuk buat something untuk mak samada masak ke, bawak mak jalan ke, apa-apa sajalah dengan tujuan utama adalah untuk menggembirakan hati mak. Tapi kali ni tak dapat balik. Mak ada call, tapi sis kan ego bangang... tak wish besday pun, tapi dalam hati sis, banyak doa sis panjatkan kepada Allah untuk mak. Sis doakan mak agar selalu sihat, gembira dan sejahtera. Mak ampunkan orang yer....ððð
Okay , bila PKPB dan boleh rentas daerah, sis balik Sg Rambai. Macam biasa, sis selalu buat kepala angin haha, bukan kepala angin degil...tapi jenis saja nak mengusik mak, nak kasi mak marah2 sis, kasi emosi mak aktif and tak memikirkan perkara yang menyedihkan sebab apa tau, mak ni selalu dia fikirkan sangat sakit dia and mulalah nanti dia cakap pasal mati semua tu. Sis tak suka dengar benda - benda semua tu sebab sis tak suka sedih. Tapi hakikatnya, dari mata sis, memang sis nampak keadaan mak memang uzur dari segi kesihatan dia, Kadang-kadang hati sis berbisik sendiri, Ya Allah, janganlah beri kesakitan kepada mak, kasihanilah mak, jangan deritakan mak dengan penyakit dan apa-apa jua. Kasihanilah mak. Okay, kali ni balik, mak suruh sis masak, sis kata sis malas. Mak suruh sis masak telur mata masak kicap. Siap pesan, telur mata tu nak telur mata goyang. Dialog dia macam ni,
Mak: Za, kau masakkan mak lauk telor goreng letak kicap dengan bawang Za....
Sis: Malas la mak, orang malas nak masak hari ni.
Mak: Alah kau ni, malas nak masak pulak, bukan susah pun.
Sis: Alah, kalau orang masak pun, mak bukannya nak makan. (Mak ampunkan dosa orang mak, bukan niat nak kasar, tapi org kan selalu kasi mak marah saja nak trigger stail mak)
Mak: Aku makan lah. Kau buatkan lah telur mata tu dengan kicap.
Sis: Okay, kalau mak tak makan, siap.... (bukan warning sebenarnya, sis cuma nak trigger mak supaya berselra sikit kalau makan)
Mak: Goreng telur tu, kasi minyak banyak sikit, pastu Za, mak nak telur goyang...
Sis: Kemain mak...siap nak telur goyang.
Sis pun masakkanlah untuk mak. Alhamdulillah, itulah lauk yang mak makan dengan penuh selera. Suka sis tengok mak makan. Alhamdulillah.
Lepas makan, Win ajak sis keluar pi kedai Emas. Time ni kan time I-Sinar bagai, so Win ni time-time ada kitorang balik lah dia nak keluar sebab mak ada orang jaga. Tu pun selalu dia takkan keluar lama sebab mak akan call dia suh balik cepat. So dalam perjalanan tu, sis ada cakap kat Win macam ni:
'Win, kita (sis memang adik beradik akan membahasakan diri 'kita' dan 'awak' bila berborak sebab mak abah memang tak suka kami gunakan 'aku' dan 'kau' kat rumah) tengok mak tu bukan semakin hari semakin sihat ye. (kenapa sis cakap macam ni? sis pun tak tau tapi sis dapat rasakan yang mak semakin di hujung umur).
Sis cakap lagi, 'Win, awak kena bersedia untuk apa saja keadaan lepas ni. Awak faham tak apa yang kita cakap ni Win?"
Win jawab, "Faham ler, mak tu dah tak larat macam-macam dah".
Dalam hal ini, sis pun dalam keadaan terima dan menolak hakikat. Susah nak terima sebenarnya dan sis tau Win pun sama.
Mak. ampunkan dosa kami adik beradik mak. Kami memang kasar tapi percayalah mak, kami sayang mak sangat - sangat. Dalam apa saja hal, mak tetap kami utamakan. Orang tau mak banyak berkorban, tak nak anak-anak mak susah, Mak memang cerewet, tapi merungut macam mana pun, kami tetap akan utamakan mak. Ampunkan kami mak.
Sambung part 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan