AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Isnin, 26 April 2021

Kesan Pandemik: Buruk kah atau Baikkah?













Tahun 2020 adalah tahun bersejarah. Tahun 2020 ini dahulunya ditunggu-tunggu terutama bagi generasi X dan Y kerana kita membayangkan kemodenan teknologi yang tinggi. Apatah lagi kita membayangkan kereta terbang. Akan tetapi sesuatu yang melanda dunia telah berlaku dan memberi kesan kepada segenap aspek. COVID19 telah memberi satu impak yang besar. Wabak ini menyebabkan semua manusia mengawal aktiviti mereka, banyak perkara-perkara rutin yang tidak dapat dilakukan seperti biasa, Samada terhenti atau terpaksa diubah pendekatan atau kaedahnya.
Bermaksud di sini, kaedah konvensional itu tidak dapat dilakukan akibat penangan wabak ini. Begitu juga dengan pendidikan pada semua peringkat. IPT turut terjejas segala operasinya. Sebagaimana yang kita semua ketahui, program pengajian kejururawatan terutama Diploma Kejururawatan mengamalkan kaedah konvensional iaitu majoriti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah bersemuka (face to face). Apabila berlakunya wabak COVID19, semua IPT diarahkan tutup dan pelajar dihantar pulang ke rumah. Bagi pelajar kejururawatan, mereka juga mengalami keadaan yang sama. Mereka tidak dapat menjalani latihan klinikal dan juga kuliah teori.
Fenomena yang berlaku semasa penularan COVID19 ini telah menyebabkan program Diploma Kejururawatan mula memberi perhatian kepada kaedah pembelajaran melalui atas talian. Tenaga pengajar mula mencari platform - platform yang sesuai untuk digunakan sebagai medium pengajaran. Antaranya Google Classroom, Zoom, Google Hangout, Google Meet dan pelbagai lagi. Bagi IPT yang telah sedia ada sistem e-learning, tidak menjadi suatu perkara yang susah kerana telah mempunyai platform atas talian rasmi IPT.

Ketika ini jugalah timbul isu di mana kita rasa tertekan kerana kemudahan internet tidak stabil, keperluan mengajar dan belajar tidak dibawa pulang untuk tujuan 'bekerja dari rumah' atau 'belajar dari rumah'.

Tidak dinafikan bagi program kejururawatan asas ini, latihan klinikal wajib dilakukan secara fizikal bersemuka kerana ini adalah kemahiran praktis. Terdapat juga subjek - subjek teras kejururawatan yang memerlukan kaedah bersemuka secara nyata kerana pengajaran kaedah 'lecture-demo' adalah penting bagi mengajar tatacara kejururawatan. Bila bercakap tentang pengajaran dan pembelajaran,  kaedah penilaian pelajar perlu diambil kira juga. Secara konvensionalnya, dalam program kejururawatan, penilaian pelajar dilakukan dengan peperiksaan yang bersemuka samada duduk di dewan peperiksaan atau penilaian kemahiran kejururawatan. Pendek kata semuanya adalah bersemuka.

Pihak IPT perlu mendidik bakal tenaga jururawat ini secara begini kerana produk daripada bidang ini adalah terlibat dengan penjagaan jiwa manusia. Kualiti bakal - bakal jururawat perlu dipantau dan dijaga melalui perlaksanaan program pengajian yang ditentusahkan oleh pihak - pihak yang mengawal kualiti program.

Bidang pengajian kejururawatan tidak boleh mengabaikan kaedah bersemuka secara total tetapi pada masa yang sama tidak juga boleh menolak kaedah pengajaran, pembelajaran dan penilaian secara tidak bersemuka atau secara atas talian. Bukankah tahun 2020, kita sepatutnya selari dengan teknologi moden.

Peluang semasa fenomena penularan COVID19 inilah perlu kita rebut bagi mengkaji kaedah yang sesuai untuk menambahbaik kaedah konvensional yang diamalkan oleh program pengajian kejururawatan asas ini.

Dari segi kualiti program pengajian, terutama bagi program kejururawatan asas ini, kaedah - kaedah tersebut boleh mengambilkira pendekatan konsep atas talian atau tidak bersemuka ini bagi subjek - subjek sesuai. Walaubagaimanapun, subjek - subjek praktis masih perlu secara mandatori kaedah bersemuka secara fizikal. Mungkin perlaksanaannya boleh dibuat secara akumulasi selepas selesai semua pembelajaran teori.

Dari segi kesediaan pelajar pula, pelajar perlu membiasakan diri dengan pengurusan masa sendiri dengan baik. Perkara ini perlu dipupuk dari awal oleh persekitaran dan tenaga pengajar untuk tidak terlalu 'spoon feed' pelajar mereka.

Selain daripada itu, pihak IPT perlulah menambahbaik sistem atas talian agar dapat lebih mesra pengguna dan mudah diakses.

Di samping itu juga, pihak kerajaan boleh menyediakan kemudahakan internet yang lebih stabil dan juga memudahkan akses keperluan ke arah itu.

Secara rumusannya, pandemik ini telah memberi kesan kepada kita semua. Walaubagaimanapun, kita perlu cari peluang dalam keadaan ini. Tidak salah untuk kita mencuba sesuatu pendekatan baharu dan sesuatu perkara baharu itu sememangnya dinamakan perubahan. Perubahan akan mengundang konflik. Dan apa yang penting adalah 'aftermath effect' itu akan memberi manfaat kepada kita semua. 

Mak Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Okay, part 2.
13hb Mac 2021
Pagi kul 8 cam tulah, sis breakfast dengan che abah and amir. Pastu hati tergerak nak balik Sg Rambai. So sis pun cakap lah kat che abah, 'Che abah, pagi ni makye balik umah mak tau'
Che abah respon, haa okay. 
Okay sis pun take time sweetly lah untuk bersiap sebab memang x plan apa urgent. Cuma sis wasap Win, tanya dia ada plan apa-apa ke? Sis cadangkan kat Win, apakata kita bawak mak makan tepi laut. Win kata mak dah tak larat ler nak jalan-jalan sana sini. Sis respon ler, alah, mak xyah ler turun kereta, kita parking jer kat tepi laut, sama2 makan menikmati keindahan laut tu. Win pun jawab, 'Awak balik ler dulu ke sini'....
Okay, on the way nak balik, win wasap, dia kata mak hypo. Orait, mak selalu hypo and win tau nak buat apa. So sis pun teruskan perjalanan balik. Sampai kat Bemban, Win called, 'Kak Liza, awak ada nak pegi mana-mana ke?'
Sis: Eh..takde lah, ni kan otw nak sampai umah mak, kita dah sampai Bemban ni.
Win: Awak balik lah cepat, mak lain macam ni.
Sis: Mak x setel lagi ke hypo? Gula mak berapa?
Win: Tadi awal 3.7, lepas bagi mak makan, gula mak tak naik banyak , 5.7 je.
Sis: Awak check BP mak tak?
Win: X
Sis: Check dulu.

Sis rasa lain macam sebab Win punya nada tu lain. Sis pun serius teruskan driving. Terasa macam jauh pulak perjalanan walhal dah sampai Bemban tu. Ya Allah...hati tak sedap.

Sampai jer umah mak, terus jengah mak kat bilik. Nampak mak duduk kat tepi katil. Sis tegur mak. 'Mak...o mak....Mak rasa macam mana?'
Mak jawab tapi lain macam bunyinya.
Sis pun tolong Win setelkan siapkan mak, pakaikan diapers, kain batik semua and baringkan mak kat katil. 
Memang hati sis tak sedap tapi tak nak tunjuk kat depan mak dan Win.

Dressing kaki belum buat lagi, so sis suruh win belikan glove sebab nak buat dressing kat kaki mak. Kat kaki mak ada wound kat tumit tu, tak tau lah apa puncanya tapi keadaannya wound memang nampak x elok. Rasa macam 2 minggu sebelum tu sis buatkan dressing kat wound tu, kemain marah lagi mak bila sis bandage kan wound dia. 

So part sedih is coming, time sis masuk bilik mak, sis dah berbau semacam. Tak tau lah bau wound dia ke atau apa. Tu sebab sis beriya nak buat dressing kat mak. Sis bukak wound, buat dressing, Allah.....sekor ulat sis keluarkan. Kat sini, memang sis tak boleh tahan air mata. Sis terus cakap... 'Mak, orang kena bawak mak pegi hospital, orang tak boleh biarkan keadaan mak macam ni'. 
Mak sis memang x suka pegi hospital sebab dia siksa kalau warded, Vein mak memang susah nak cari so memang akan kena cucuk terus. Sis pun siksa tengok. 
Mak tak nak pegi hospital, dia keep on cakap....'tak....tak....takkk....'

Allah... tak mampu rasa nak taip....

Percakapan mak semakin teruk dan menjadi monosyllaby (hanya mampu menyebut 1 perkataan sahaja).
Win pun menangis... 
'Mak, orang kena bawak mak pegi hospital, orang tau mak siksa kat hospital, tapi itu untuk merawat mak, orang lagi siksa kalau orang biarkan mak kat umah tanpa rawatan' Itulah ayat sis masa tu.

Kendian, mak asyik cakap 'itu...itu....itu'

Mak nak duduk, sis x bagi mak duduk....mak sampai mengeluh sebab sis degil x bagi mak duduk. Mak x mampu bergerak dan sis x nak mak jatuh masa duduk. Tu sebab sis x bagi mak duduk. Ya Allah, Mak ampunkan orang makkkkkkkkkk...... 😭😭😭

Sis dah siapkan mak, sis pun arahkan Win siapkan barang - barang mak. Sis suruh Win makan kenyang-kenyang sebab kami semua sedia maklum, urusan kat GH Melaka memang lambat...sangat lambat...tersangat lambat.....kami akan kena menunggu, menunggu dan menunggu....

Ya Allah, sis is sedih ....berjurai air mata sambil menaip ni
Sis rindu mak...
Sambung part 3 yer nanti...


Mak Part 1

Bismillahirrahmanirrahim
Lama tak update dalam blog ni. Last update tahun lepas iaitu 2020.
Tahun 2021 makin bertambah cabarannya.
Sejak tarikh 1 Januari 2021, sis telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai seorang Dekan setelah 6 tahun menjawatnya. Okay, alasan utama adalah untuk menumpukan perhatian kepada pengajian dan tugas sebagai seorang pengajar. Konon.....
Tapi sesungguhnya ada hikmah disebalik itu. 
Apa perasaan pada mula hidup semula sebagai seorang pengajar tanpa jawatan dekan?
Secara seriusnya, sis rasa macam ada hilang sesuatu, kenapa wasap tak sibuk dengan mesej masuk? Then, kenapa banyak perkara sis tak tau tentang staf. Hahahaha, kau dah bukan dekan, so orang / staf dah tak merujuk kau lagi ler... hahahaha
Then, transisi itu kadang2 menyebabkan sis terlupa yang sis bukan lagi bos, nasib baik lah Dekan baru faham. Apapun sis is try hard to not to super impose the history hehehe. Then bila dah lepas sebulan lepaskan jawatan dekan, baru sis rasa macam ringan dan lega. Alhamdulillah.
OKay itu cerita bulan January dan February 2021.
Masuk cerita bulan Mac 2021, 2 Mac 2021, hari jadi mak yang ke 69. Ya Allah, time ni PKPB and tak boleh rentas daerah. So tak dapat nak balik Sg Rambai untuk celebrate, actually memang taklah celebrate sangat tapi memang sis akan balik untuk buat something untuk mak samada masak ke, bawak mak jalan ke, apa-apa sajalah dengan tujuan utama adalah untuk menggembirakan hati mak. Tapi kali ni tak dapat balik. Mak ada call, tapi sis kan ego bangang... tak wish besday pun, tapi dalam hati sis, banyak doa sis panjatkan kepada Allah untuk mak. Sis doakan mak agar selalu sihat, gembira dan sejahtera. Mak ampunkan orang yer....😭😭😭
Okay , bila PKPB dan boleh rentas daerah, sis balik Sg Rambai. Macam biasa, sis selalu buat kepala angin haha, bukan kepala angin degil...tapi jenis saja nak mengusik mak, nak kasi mak marah2 sis, kasi emosi mak aktif and tak memikirkan perkara yang menyedihkan sebab apa tau, mak ni selalu dia fikirkan sangat sakit dia and mulalah nanti dia cakap pasal mati semua tu. Sis tak suka dengar benda - benda semua tu sebab sis tak suka sedih. Tapi hakikatnya, dari mata sis, memang sis nampak keadaan mak memang uzur dari segi kesihatan dia, Kadang-kadang hati sis berbisik sendiri, Ya Allah, janganlah beri kesakitan kepada mak, kasihanilah mak, jangan deritakan mak dengan penyakit dan apa-apa jua. Kasihanilah mak. Okay, kali ni balik, mak suruh sis masak, sis kata sis malas. Mak suruh sis masak telur mata masak kicap. Siap pesan, telur mata tu nak telur mata goyang. Dialog dia macam ni, 
Mak: Za, kau masakkan mak lauk telor goreng letak kicap dengan bawang Za....
Sis: Malas la mak, orang malas nak masak hari ni.
Mak: Alah kau ni, malas nak masak pulak, bukan susah pun.
Sis: Alah, kalau orang masak pun, mak bukannya nak makan. (Mak ampunkan dosa orang mak, bukan niat nak kasar, tapi org kan selalu kasi mak marah saja nak trigger stail mak)
Mak: Aku makan lah. Kau buatkan lah telur mata tu dengan kicap.
Sis: Okay, kalau mak tak makan, siap.... (bukan warning sebenarnya, sis cuma nak trigger mak supaya berselra sikit kalau makan)
Mak: Goreng telur tu, kasi minyak banyak sikit, pastu Za, mak nak telur goyang...
Sis: Kemain mak...siap nak telur goyang.
Sis pun masakkanlah untuk mak. Alhamdulillah, itulah lauk yang mak makan dengan penuh selera. Suka sis tengok mak makan. Alhamdulillah.

Lepas makan, Win ajak sis keluar pi kedai Emas. Time ni kan time I-Sinar bagai, so Win ni time-time ada kitorang balik lah dia nak keluar sebab mak ada orang jaga. Tu pun selalu dia takkan keluar lama sebab mak akan call dia suh balik cepat. So dalam perjalanan tu, sis ada cakap kat Win macam ni:
'Win, kita (sis memang adik beradik akan membahasakan diri 'kita' dan 'awak' bila berborak sebab mak abah memang tak suka kami gunakan 'aku' dan 'kau' kat rumah) tengok mak tu bukan semakin hari semakin sihat ye. (kenapa sis cakap macam ni? sis pun tak tau tapi sis dapat rasakan yang mak semakin di hujung umur). 
Sis cakap lagi, 'Win, awak kena bersedia untuk apa saja keadaan lepas ni. Awak faham tak apa yang kita cakap ni Win?"
Win jawab, "Faham ler, mak tu dah tak larat macam-macam dah".
Dalam hal ini, sis pun dalam keadaan terima dan menolak hakikat. Susah nak terima sebenarnya dan sis tau Win pun sama. 

Mak. ampunkan dosa kami adik beradik mak. Kami memang kasar tapi percayalah mak, kami sayang mak sangat - sangat. Dalam apa saja hal, mak tetap kami utamakan. Orang tau mak banyak berkorban, tak nak anak-anak mak susah, Mak memang cerewet, tapi merungut macam mana pun, kami tetap akan utamakan mak. Ampunkan kami mak.

Sambung part 2.

Isnin, 6 April 2020

Throwback Ceramah Kesihatan di Kolej Kediaman KUIM




Program : Ceramah Kesihatan Bulanan
Tempat: Kolej Kediaman KUIM
Tarikh: 22 Januari 2020
Masa 5.30 petang
Kehadiran : 32 orang siswa/i
Tajuk: Influenza

Salam PKP day 20
Okay, hari ni sis nak update blog pasal mini talk sis di Kolej Kediaman KUIM pada 22 Januari 2020. Actually, mini talk ni konsepnya santai dan informal. Niat adalah untuk berkongsi pengetahuan kesihatan dengan pelajar - pelajar supaya mereka ada kesedaran tentang gaya hidup sihat. So pemilihan tajuk sis adalah Influenza sebab awal tahun tu ada outbreak influnza Malaysia ni. Corona Virus time tu hanya kat China tapi sis touched sikit lah tentang tu. Tak sangka pula covid 19 ni terus menyebabkan kita ber PKP selama sebulan.

Baiklah, sekarang sis nak dokumentasikanlah apa yang sis share dengan pelajar-pelajar ni. Influenza berlaku di seluruh dunia, Bermakna, tiada tempat terkecuali di atas muka bumi ini. Influenza ni ada banyak kategori. H stand for hemaglutinin dan N stand for neurominidase. SO for the time being, H ada 18 different types and N pula ada 11 different types. Inluenza boleh diberikan kategori A, B dan C. Ni kiranya antara yang paling biasa yang menyebabkan penyakit. Inluenza A yang paling common, dan jenis dia adalah H1N1 (biasa dengar kan...sebab H1N1 ni pernah outbreak kat Malaysia rasanya dalam tahun 2009 ke 2010 cam tu) and another type dalam kategori Influenza A ini adalah H3N2. Then the other types of inluenza is B and C. Influenza B , yang ni jenis regional outbreak sahaja dan C pula jarang berlaku pada manusia, kerap berlaku pada haiwan. Walaubagaimanapun, yang jadi isunya, virus influenza ni (haa lupa nak bagitau, Influenza ni adalah virus ye) mampu untuk berevolusi dengan cepat iaitu dia cepat berubah antigen nya. Disebabkan inilah vaksinnya juga kena di modify agar lebih efektif.

Okay, bagaimana penyakit influenza ini merebak? Transmisi penyakit ini adalah airborne iaitu melalui udara terutama, di kawasan - kawasan sesak yang tertutup. Selain daripada itu, direct contact dengan droplets contohnya orang yang telah dijangkiti tu bersin atau batuk, titis-titis cecair yang terpelanting atau terpercik itu terkena atau menghinggapi orang lain atau...terkena pada mana - mana permukaan dan kontaminasi anggota badan orang lain.

Then seterusnya, sis juga ada beritahulah pada pelajar, tempoh inkubasi virus ni dalam badan manusia adalah 1 hingga 3 hari, maksudnya, dari masa virus ni dapat masuk ke badan manusia, 1 hingga 3 hari lah dia akan menjalankan tugas dia menjangkiti manusia dan memberikan simptom. Simptomnya pula adalah ringan tanpa dirasai hinggalah ke tahap yang boleh membawa maut. So jangan ambil ringan ye. Simptom - simptom awal adalah seperti batuk selsema biasa tu seperti batu, sakit tekak, demam, sakit kepala, letih lesu, sakit-sakit badan. SImptom adalah teruk jika jangkitan berlaku pada warga emas dan kanak - kanak serta boleh disusuli dengan kematian sekiranya mangsa mempunyai penyakit lain yang mana menyebabkan imuniti badan tidak kuat.

Bila dah terkena jangkitan, rawatannya adalah, minum lah air suam untuk redakan sakit tekak dan batuk tu. Selain daripada itu, pemakanan seimbang dengan rehat tidur yang cukup. Sis juga ada ingatkan pelajar-pelajar ni, bila kita kata rehat dan tidur yang cukup , memang selalu tak cukup je lah terutama pada mereka yang kuat tidor kan,,, hehehe so tidur yang cukup tu adalah 8 jam sehari bagi orang dewasa. Kalau rasa mengantuk juga, tu adalah masalah kekurangan oksigen dalam otak....haa macam serius jer kan, maksud sis kat sini adalah, KAU PEMALAS... mengamalkan sedentary life (kehidupan malas nak bergerak, so blood circulatory bawa oksigen yang ngam -ngam saja kat otak kau). So nak buat apa untuk tingkatkat bekalan oksigen kat otak? Nanti sis story sebab sekarang ni taknak kelirukan u all dengan rawatan penyakit influenza nanti. Seterusnya, elakkan stress, haaa jadi pelajar ni atau secara amnya, jadi manusia ni memang selalu stress kan..well exam lah,,,kelas la,,assignment laaa...kawan-kawan la...so kena pandai uruskan. Sebab tanpa stress pun tak boleh move on juga, so kena pandai tukarkan stress negatif kepada positif so that boleh tingkatkan kesihatan mental juga and secara tidak langsung meningkatkan imuniti badan kita. Jika simptom tidak berkurangan malah menjadi lebih teruk, eloklah dapatkan rawatan daripada pakar. Jangan pula sorokkan simptom atau nak jadi hero konon. Dapatkan ubat segera.
Nampak tak kat sini, imuniti badan adalah penting untuk dikekalkan pada tahap optimum. Perkara - perkara yang menymbang kepada imuniti badan adalah dari segi psikologi dan fizikal dan tak salah kalau sis masukkan kat sini kerohanian. Dari segi fizikal, bersenam dan pemakanan serta pengambilan cecair yang cukup termasuklah persekitaran yang sihat. Manakala dari segi psikologikal pula, kestabilan minda, pengurusan stress...dan dari segi kerohanian pula adalah doa dan bertawakal, sentiasa percaya pada ketentuan Allah.
Dari segi perubatan, bagi pesakit - pesakit yang telah dijangkiti, biasanya akan diberikan ubatan antiviral dan bagi orang-orang yang berisiko (seperti yang saya sebut awal tadi, macam kanak-kanak atau bayi, warga emas, anggota kesihatan), eloklah dapatkan vaksin. Then, adakah anda semua (pelajar-pelajar yang di depan saya) ni perlukan vaksin? Jawapannya tidak semestinya sebab anda sihat walafiat, anda hanya perlu kekalkan atau tingkatkan imuniti anda dan amalkan gaya hidup sihat. Okay sis kongsi tips untuk elakkan jangkitan Influenza ni:
1. Elakkan dari berada di tempat yang sesak. Sebab pengudaraan dan suasana yang sesak ini boleh mengundang kehadiran macam-macam kuman.
2. Elakkan dari berada dekat dengan orang yang telah dijangkiti dan orang yang tela dijangkiti tu janganlah pula kecil hati bila kawan-kawan menjauhi anda, anda mesti sedar diri lah sebab ini adalah langkah elak perebakan jangkitan, Nanti dah sembuh, bolehlah kembali bersama-sama dengan kawan-kawan anda.
3. Amalkan etika batuk dan bersin, Iaitu cover mulut dan hidung bila bersin dengan lengan baju atau tisu atau tuala tangan.
4. Kerap cuci tangan dengan sabun terutama selepas batuk dan bersin atau selepas menyentuh mana-mana permukaan yang tercemar. Kiranya, amalkan kebersihan ler, jangan pengotor, Ini yang saya concern sebab anda semua tinggal di asrama, amalan kebersihan itu kadang - kadang diamalkan secara sambil lewa.
5. Jika perlu, semasa kena jangkitan, pakailah mask tapi ingat, mask kena buang dan tukar kepada yang baru. Pemakaiannya adalah sekali sahaja ye.Bukan untuk nak melawa.
6. Bila terkena jangkitan, elok duduk di rumah berehat, dapat MC bukan untuk pergi melepak kat luar pula. Maklumlah anda semua remaja, full of energy physically dan mentally. Rehat,,,rest,,,

Orait, kesimpulannya, influenza ni mudah merebak dan menjangkiti manusia jika kita sendiri tidak menjaga kesihatan kita dengan cara yang betul. Allah dan bagi satu set badan yang elok, so jagalah pemberian ALLAH ni dengan baik.

Orait sekian sahaja perkongsian yang telah sis berikan kepada pelajar-pelajar di KOlej Kediaman tempoh hari, Nampak gaya mereka fokus dan teruja dengan ilmu ini, Alhamdullilah, moga ilmu yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada mereka.

Khamis, 2 April 2020

TIGA TAHUN BARU NAK UPDATE

Salam bulan April 2020.
Last update dalam blog is pada January 2017 kot. MasyaALLAH almost 3 years sis never open this blog. So sorry...Actually bukan apa, sebab sis lupa password untuk email ni. Anyway, benda yang lepas tu, kita lepaskan lah,
Alhamdulillah, Allah sudi bagi umur kat sis untuk jejak tahun 2020. Time sis sekolah rendah dulu, heboh pasal wawasan 2020. Sekarang i am in 2020 and well, memang ada perubahan so kena appreciate walaupun tak sama dengan apa yang kita sangka.
Okay, ni dah masuk April 2020. Sejak tahun 2020 ni, sis yang duduk di Melaka ni dah mula diuji, dengan catuan air lah, cuaca panas la, keadaan politik yang bertukar parti bagai lah and latest and chronically is COVID19. Allahu, outbreak, global pandemic tu. Malaysia kuatkuasakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mula-mula start pada 18 Mac until 31 Mac 2020 tapi after first week of PKP, PM announced extension until 14 April 2020.
Pening... sebab macam-macam benda kena adjust. Yelah, as a dean, sis melatah sikit lah sebab sis kalau boleh x nak ler buat keputusan secara autokratik. Tapi disebabkan kerjasama time2 PKP ni susah sikit nak dapat, so sis terpaksa guna mode autokratik ketua lah. Well, kau ketua ke aku ketua..cehhhhhh (gurau jer).However, kerja mesti mau jalan, x mau buat keje, boleh resign. Gitewwww.
Ok, during PKP ni, konon buat kerja dari rumah...nampak macam best kan tapi sebenarnya payah nak mampus. Uishhh...payah nak istiqomah ler.....kau baru bukak laptop, terpikir, lak nak masak apa jap lagi, pastu ikan ayam x siang lagi...ehhh..macam2 ler. Pastu bila staf kau mula bekerja dari rumah, kau kat dapur atau depan TV, sebab waktu bekerja kau kat rumah x sama dengan orang lain. Sis pasti, orang lain pun macam tu kan. Cabaran betul. Medium of communication yang digunakan antaranya Whatsapp, email and phone yang non face to face. Payah lah... Apapun kita dah kena adapt dengan benda - benda ni semua. Eh semua la rasa efek nya and kita akan belajar impak aftermath.
Oklah, ini coretan sebagai pembuka, nanti sis update blog lagi yer. Nak turun siang ikan and kemas dapur jap, hari ni kami sekeluarga berpuasa. Tadi pegi kedai beli barang dapor and lauk basah. So tu yang ikan and ayam landing dalam sinki tu. Orait,
Wassalam.

Sabtu, 28 Januari 2017

Memudahkan itu terbaik

Bismillahirrahmanirrahim
Tak lewat lagi untuk meraikkan ucapan tahun baru walaupun perjalanan sudah melewati hari-hari Januari 2017. 2016 berlalu dengan penuh kejayaan dan kenangan manis. Kegagalan tidak bererti kecundang, tetapi ianya adalah permulaan kejayaan. Teruskan ketabahan dan usaha serta sabar termasuklah doa kepada yang Esa agar kita dimudahkan.
Hujung 2016 menyaksikan ramai rakan taulan ke sana sini membawa anak-anak keluarga bercuti. Walaupun setakat menyaksikan, ianya juga menjadi suatu terapi kerana atas perkongsian pengalaman mereka amat menyeronokkan dan menambahkan pengetahuan. Terima kasih diucapkan. Bila kita nak sebegitu? Kenapa kita tidak sebegitu? Senyummm...dalam hati berkata-kata, hari ini kita mudahkan ....raikkan rakan taulan kita untuk menenangkan hati mereka setelah berhempas pulas berkerja... insyaAllah satu hari nanti, kita pula akan merasai kepuasan sebegitu.
Kita tidak sama, perbezaan kita akan melengkapi keperluan sesama kita. Pengorbanan? Ye....menjadi ketua, bukan untuk diraikkan dan dipuji tetapi menjadi tonggak untuk membantu rakan sekerja agar mereka mudah menjalankan tugas. Menjadi ibu...bukan mudah, selagi anak-anak tidak didepan mata, ke mana-mana pun tiada makna.
Pasakkan dalam hati, insyaAllah pengorbanan dan kesabaran masa sekarang akan dibayar dengan kenikmatan oleh Allah di masa akan datang. Sabarlah menanti...moga kita dapat merasai...
Bersyukur dengan apa yang ada, kerna inilah kecukupan yang diperlukan. Bandingkan kita dengan kecemerlangan orang lain untuk meningkatkan motivasi kita dalam mencapai benchmark. Pandanglah sesuatu yang kurang baik jika dibandingkan dengan kita agar, rasa bersyukur melimpah ruah dalam hati nurani kita.
Wahai anak-anak, teruskan berjuang mencari ilmu dunia dan akhirat. Carilah kebaikan, jauhan kejahatan. Sentiasa bersangka baik...bersangka buruk hanyalah untuk kewaspadaan.

Sekian perkongsian dari sudut hari ini. Tiada kene mengena samada yang masih hidup atau dengan sudah tiada. Hanya luahan diri dan nasihat diri...

Isnin, 28 November 2016

Kem Motivasi FK

As salam
Nukilan kali ini adalah untuk merekod program motivasi yang kami conduct weekend hari tu... 26 to 27 November 2016. Kesimpulannya, aku happy sebab tengok pelajar2 aku happy. Ok...nnt update lg ye .