Isnin, 11 November 2013

ISNIN LAGI...

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum 
Selamat hari Isnin... 
Hari Isnin, macam biasalah...nak bangun pagi banyak tawar menawar dengan tilam dan bantal...tawar menawar dengan alarm... Kemudian dalam otak ni siap lagi berfikir...kalau tak pegi keje, nak bagi alasan apa ek kat bos? Ermmm siap lagi tu cuba - cuba berfikir kalau - kalau ada simptom tak sihat yang dirasai..jadi leh amek MC dan tak yah pi keje..hahaha lawak kan Tapi bahagian positif dalam diri ini lebih kuat...cepat2 menyedarkan diri bahawa kerja tu amanah...kalau tak pegi keje hari ini tanpa sebab yang logik dan telus...tak pasal2 kang dapat musibat sebab Allah tak suka kita berbohong...berdosa. 
So makanya bersiaplah sekemas - kemasnya ke tempat kerja untuk menjalankan tugas. Semoga gaji yang kita dapat tu berkat dan halal. Actually Isnin ini adalah hari yang baik..permulaan minggu...kemudian Nabi kita dilahirkan pada hari Isnin. Banyak lagi sejarah yang berlaku pada hari Isnin. Even aku pun melahirkan kedua - dua anak pada hari Isnin. So kene positiflah..janganlah asyik negatif saja kan... 
Kadang - kadang tu bila takde persediaan untuk hari Isnin, itu yang akan membuatkan kita berasa penat, bosan dan mengantuk pada hari Isnin. 
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan those things from happening, lakukan persediaan sebaik mungkin lah... Mungkin dari segi pakaian, ironlah baju lebih awal, plan nak sarapan apa. Sediakan peralatan yang digunakan tu lebih awal. Kalau drive, isi minyak sehari lebih awal, so pagi2 nak pegi keje takyah lah sibuk cari petrol pump untuk isi minyak. Then tido awal sikit, pastikan badan kita cukup rehat. In Shaa Allah... Mood pulak, janganlah asyik letak rasa benci nak pegi keje, kalau tak keje, mana nak dapat duit gaji, nanti nak makan apa? Kalau asyik benci dengan tempat keje tu, haaa resign...cari kerja lain yang lebih disukai. Ada gak orang yang bila kehendaknya tidak dapat dipenuhi di tempat kerja, mula lah dia mengutuk tempat kerja tu, macam2lah...kerja lebih lah, kerja beratlah...gaji sikit lah... Tapi hujung bulan dapat gaji, sedap kann... itu lah hasil kutukan anda... Nak jadi manusia ni, jangan berat sebelah, berfikir tu kenelah ada berkonsepkan 6D (6 dimension)..i mean, fikir dari pelbagai sudut. baru lah nampak gambarannya. Kalau tak faham dengan cara kerja, cubalah cari tahu, janganlah asyik nak cari pasal. Islam kan menggalakkan keharmonian. 
Hidup kenelah beralah...bukan mengalah atau bukan asyik nak jadi pemenang. Selalulah bermuhasabah diri. Macam mana nak bermuhasabh diri? Caranya senang saja...cermin - cerminlah diri kita selalu. Selalu - selalulah bertanya kepada diri sendiri, kenapa sesuatu itu berlaku pada kita? dan ..ingatlah Allah sentiasa. Berdoa padanya, kerana setiap apa yang berlaku adalah adil sebab apa yang terjadi adalah atas izin Allah serta pasti ada hikmah disebaliknya. Okaylah..time is up...resting time is over and now...working... Next time kita on lagi okay... 
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan