Rabu, 13 November 2013

Temuduga Oh Temuduga


Bismillahirrahmanirrahim Salam 1 malaysia Salam 1 Melaka Bandar Teknologi Hijau Cettt protokol pulak malam ni.
Ni nak cerita ni, hari ni aku jadi panel interview calon pelajar. Aduhai...tak ramai yang datang...seploh pun tak sampai... Hopefully esok lusa tulat langkat kat kat kat ada lagi lah yang mai nak masuk program kami. Biaw kali ni ramai yang memeriahkan fakulti kami ni. Kawan - kawan pun meh la tulung doakan kat kami ni haa..
     Ada sorang calon ni ni, anak bongsu, dia masuk je kat bilik interview, aku dah perhati dari atas ke bawah, cehhh selipar Jepungggggg... Ermm apa lagi, kena tazkirah ler, datang interview macam nak tak nak, aku tak nampak kesungguhan tu. Kami panel yang menginterview ni pun pakat dok pakai yang lawa - lawa sebab nak pakat tunjuk imej yang elok dan bersungguh - sungguh nak jumpa diorang. Ini diorang leh datang dengan tudung senget benget, lipstick pun tak pakai, muka kalah muka bangun tidoq, pastu yang tambah menawarkan hati tu, fail sijil diorang..Subhanallah... tak berjenis.
     Aduhai..adik lah adik oooiii Wahai adik - adik sekalian, kalau adik - adik dapat panggilan temuduga, tolong lah buat homework sikit naaa... Kami dalam bidang kejururawatan ni mementingkan disiplin, kekemasan dari semua segi. Waemah korang pi temuduga mana mana pun, asasnya sama saja. Cuba lah tanya pada kawan - kawan atau sedara mara yang dah pernah pi temuduga, tanya pengalaman diorang.
     Ye..kami faham ini adalah kali pertama adik - adik datang temuduga tapi tak salah untuk adik - adik bertanya kan... Bak kata pepatah melayu, 'Malu bertanya sesat jalan'... Haa tu yang kene tazkirah panjang dan keras sikit...tambahan lagi kami ni panel nursing yang terkenal dengan garang...hehehe garang kaaa?? Ok itu dari segi berpakaian dik, pakailah baju formal, kemas tidak keterlaluan perhiasannya. Kasut pulak biaw le bertutup, jangan pakai selipar atau sandal. Formal dik...
     Kemudian fail yang letak sijil tu, gunakanlah fail clear holder...janganlah korang pi bawak fail kertas atau fail poket...sat gi kami pakat dok kirai korang punya sijil mau ka? Hehehe jangan marah haaa Sijil pulak susun ler elok - elok bermula dari sijil kelulusan yang tertinggi hinggalah ke peringkat rendah. Jangan lupa salinan sijil yang telah disahkan..saya ulang ye..YANG TELAH DISAHKAN.. Salinan tersebut sisipkan dibelakang sijil original. Salinan ni termasuklah IC korang tu...
     Selepas itu ye adik - adik...korang ni top up la sikit ilmu pengetahuan tentang hal - hal yang berkaitan dengan isu semasa, hal - hal kerajaan dan yang amat penting, hal - hal yang berkaitan dengan bidang yang akan korang pilih tu...
     Kemudian, dapatkan rehat yang cukup supaya time temuduga tu takdelah u all kelihatan letih ke, gubra ke...doa banyak2 kepada Allah semoga dipermudahkan...
Lepas tu kan, bila time dipanggil ke bilik interview tu, berjalan tu biau ler nampak konpiden...janganler terhegeh hegeh berjalan, macam orang tak cukup makan... Duduk di kerusi yang disediakan, jangan memandai nak ubah kerusi tu, beg mahal - mahal tu letak kat bawah...takde de orang nak amek beg murah korang tuuu...hahahaha Duduk tegak, macam pengantin...bagi salam kat panel...jangan nak menyombong... Jangan lupa hulur fail korang kat panel untuk disemak...
     Bila menjawab soalan, jangan ler superimpose diri korang atau attitude korang yang tak tentu hala tu, jawab dengan sopan...jangan menjawab macam orang kurang pendengaran...kadang - kadang mannerism...dah kelaziman...hushhhh elakkan ler.
     Kalau menjawab tu, jangan banyak berselindung sana sini, jawab secara jujur...menipu tu tak baik dik...Allah marah dik...
     Kalau tak reti sangat, sebelum korang pegi interview tu, browse le kat tenet cara - cara atau petua - petua nak pegi interview...huh, kalau berfesbuk bukan main lagi...tapi nak guna internet utk cari info - info yang berfaedah tu huh jauh sekali...
Gunakan kemudahan yang ada pada jalan yang baik dikkkk....
Okaylah, sampai kat sini saja lah sesi nukilan untuk malam ni...
Sampai bernukil lagi...
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan