AssAlamuAlAikum SeLaMaT DaTaNg Ke TeRaTaK BiCaRA MarHabbA SaYa!
Anda pernah singgah di blog MARHABBA sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Selasa, 19 November 2013

Apakah itu RVD? Jom check it out...

 

Bismillahirrahmanirrahim
Salam 1 Malaysia
Salam 1 Melaka
Salam 1 KUIM
Salam 1 rumah..hehehe nak praktis jadi skema sikit kuikuikui
Okay, Semalam i on leave, went for my follow up at Klinik Masjid Tanah for my..ehem ehem...
Well, not much different treatment, they review my blood result, my cholesterol at border point which is 5.2, and tablet of statin still need to be continue while the rest also the same. Ok next follow up will after 3 months lah that is in Feb 2014. 
Orait and today, i went to do my running assessment with students.
1 thing for sure, some students are still having low level of knowledge, quite disappointing because they are now realize regarding this. Anyway, students are still students...motivation all the way.
Besides that, i learn something today, i found the abbreviation of RDV on 1 of patient here in hospital. Walaupun dah bergelar pengajar, tak semua ilmu tu are well covered, ada perkara yang kita tak tau di luar sana, so terlanjur dah berada di kawasan klinikal, i try to learn an extra things. 



So this RVD ni menarik perhatian i ler...i pun browse there and then sebab nak tahu...tu la kan, heran dengan students ni, sepatutnya diorang lebih ada 'queryness' tu lebih dari aku sebab diorang ni muda2 belia, semangat ingin tahu patutnya lebih pada diorang bukan pada aku yang dah separuh umur ni. tapi aku yang lebih2. 
Ok sharing is caring, RVD stand for Retrovirus Disease. RVD ni adalah dalam keluarga virus Retroviridae. So virus jenis ni mempunyai bebenang tunggal RNA. Virus ini dikatakan unik kerana RNA nya mampu membawa maklumak genetik dan tidak seperti mikroorganisma yang lain di mana DNA yang membawa maklumat genetik. Terdapat enzim spesifk di dalam virus ini yang berkebolehan untuk melakukan reverse transcriptase yang mana membolehkannya menyalin DNA dari RNA semasa menyerang (invade) sel hos.
Dan apabila material genetik tadi berintegrasi dengan hos, retrovirus itu akan menjadi sebahagian dari hos genom untuk hidup. Dalam ertikata lain, virus ini menjadi sebahagian daripada DNA perumah tersebutlah...
However, kebanyakan virus ini adalah harmless, tetapi terdapat juga beberapa yang boleh menyebabkan penyakit yang serius kepada haiwan dan juga manusia contohnya tumor, penyakit auto imun, anemia yang jarang berlaku, immunodeficiency syndrom, termasuk sindrom kurang daya tahan (AIDS), yang dikaitkan dengan jangkitan HIV.
Sejak tahun 1980, terdapat 4 retrovirus manusia yang dikenalpasti yang menyerang sel sistem imun iaitu CD4-bearing T-sel dan ianya juga dapat dikesan didalam vitro. 
Disebabkan retrovirus ini cenderung untuk bermutasi, maka virus jenis ini lazimnya resistan pada antiviral dalam jangka masa yang singkat. 
So Retrovirus Disease selalunya dikenali sebagai HIV. Perebakannya juga adalah sama dan rawatannya adalah HAART (Highly Active Anti Retroviral Therapy). Akan tetapi, HAART bukannya penawar kerana, sama seperti HIV, penyakit ini belum ketemu penawarnya. Rawatan yang ada sekadar perencat kepada aktiviti virus tersebut.
So ini adalah di antara info yang i dapat setakat ini. Selain daripada ubatan,  kaunseling dan pemakanan yang sihat adalah penting kerana ini dapat memanjangkan hayat pesakit. 
Pemakanan yang berkhasiat dapat membantu mengelakkan pesakit daripada mendapat komplikasi penyakit dan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat juga dapat membantu pesakit dari mendapat kesusutan berat badan serta membantu penyerapan ubat dengan sempurna.
So sampai kat sini saja lah nukilan i untuk malam ini. 
By the way, sebenarnya, i rasa simpati terhadap pesakit ni sebab i diberitahu yang beliau mempunyai 2 orang anak...semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau dan kesejahteraaan kepada anak2nya juga. In Shaa Allah..Sesungguhnya Allah yang mengetahui segala2nya. 
Wassalam... 

Khamis, 14 November 2013

HaTi SamPaI Dah Ni

                                                                                                



Bismillah 

Tahun ini, masih mempunyai 12 bulan

Tahun ini masih mempunyai 365 hari

Tahun ini juga telah meningkatkan jumlah usia ku

Tahun masihi yang ke 2013 ini...

Peristiwa dan ujiannya berbeza

Semakin banyak bulan yang dilalui di tahun ini

Semakin berat ujian dirasai

Pelbagai perasaan singgah

Perasaan yang tidak pergi begitu sahaja

Kesan pengaruhnya amat berperisa

Segala macam perisa bercampur baur

Daya yang ada hanyalah untuk menelan

Baik sakit, perit dan manis, pahit

Sebenarnya rasa kehidupan di era lewat 30an

PadaNya, rayuan demi rayuan di mohon

Semoga kehidupan dilalui semakin bagus

Semoga kekuatan dan kesabaran sentiasa bersulam

Semoga keimanan semakin kukuh

Anak - anak disayangi...

Itulah kegembiraan hati

Keluarga yang dicintai

Itulah kesenangan yang dicari

Kawan - kawan yang dikasihi

Itulah keuntungan yang dicari

Alhamdulillahirabbila'lamin

Tetap bersyukur ke hadrat Illahi




Rabu, 13 November 2013

Temuduga Oh Temuduga


Bismillahirrahmanirrahim Salam 1 malaysia Salam 1 Melaka Bandar Teknologi Hijau Cettt protokol pulak malam ni.
Ni nak cerita ni, hari ni aku jadi panel interview calon pelajar. Aduhai...tak ramai yang datang...seploh pun tak sampai... Hopefully esok lusa tulat langkat kat kat kat ada lagi lah yang mai nak masuk program kami. Biaw kali ni ramai yang memeriahkan fakulti kami ni. Kawan - kawan pun meh la tulung doakan kat kami ni haa..
     Ada sorang calon ni ni, anak bongsu, dia masuk je kat bilik interview, aku dah perhati dari atas ke bawah, cehhh selipar Jepungggggg... Ermm apa lagi, kena tazkirah ler, datang interview macam nak tak nak, aku tak nampak kesungguhan tu. Kami panel yang menginterview ni pun pakat dok pakai yang lawa - lawa sebab nak pakat tunjuk imej yang elok dan bersungguh - sungguh nak jumpa diorang. Ini diorang leh datang dengan tudung senget benget, lipstick pun tak pakai, muka kalah muka bangun tidoq, pastu yang tambah menawarkan hati tu, fail sijil diorang..Subhanallah... tak berjenis.
     Aduhai..adik lah adik oooiii Wahai adik - adik sekalian, kalau adik - adik dapat panggilan temuduga, tolong lah buat homework sikit naaa... Kami dalam bidang kejururawatan ni mementingkan disiplin, kekemasan dari semua segi. Waemah korang pi temuduga mana mana pun, asasnya sama saja. Cuba lah tanya pada kawan - kawan atau sedara mara yang dah pernah pi temuduga, tanya pengalaman diorang.
     Ye..kami faham ini adalah kali pertama adik - adik datang temuduga tapi tak salah untuk adik - adik bertanya kan... Bak kata pepatah melayu, 'Malu bertanya sesat jalan'... Haa tu yang kene tazkirah panjang dan keras sikit...tambahan lagi kami ni panel nursing yang terkenal dengan garang...hehehe garang kaaa?? Ok itu dari segi berpakaian dik, pakailah baju formal, kemas tidak keterlaluan perhiasannya. Kasut pulak biaw le bertutup, jangan pakai selipar atau sandal. Formal dik...
     Kemudian fail yang letak sijil tu, gunakanlah fail clear holder...janganlah korang pi bawak fail kertas atau fail poket...sat gi kami pakat dok kirai korang punya sijil mau ka? Hehehe jangan marah haaa Sijil pulak susun ler elok - elok bermula dari sijil kelulusan yang tertinggi hinggalah ke peringkat rendah. Jangan lupa salinan sijil yang telah disahkan..saya ulang ye..YANG TELAH DISAHKAN.. Salinan tersebut sisipkan dibelakang sijil original. Salinan ni termasuklah IC korang tu...
     Selepas itu ye adik - adik...korang ni top up la sikit ilmu pengetahuan tentang hal - hal yang berkaitan dengan isu semasa, hal - hal kerajaan dan yang amat penting, hal - hal yang berkaitan dengan bidang yang akan korang pilih tu...
     Kemudian, dapatkan rehat yang cukup supaya time temuduga tu takdelah u all kelihatan letih ke, gubra ke...doa banyak2 kepada Allah semoga dipermudahkan...
Lepas tu kan, bila time dipanggil ke bilik interview tu, berjalan tu biau ler nampak konpiden...janganler terhegeh hegeh berjalan, macam orang tak cukup makan... Duduk di kerusi yang disediakan, jangan memandai nak ubah kerusi tu, beg mahal - mahal tu letak kat bawah...takde de orang nak amek beg murah korang tuuu...hahahaha Duduk tegak, macam pengantin...bagi salam kat panel...jangan nak menyombong... Jangan lupa hulur fail korang kat panel untuk disemak...
     Bila menjawab soalan, jangan ler superimpose diri korang atau attitude korang yang tak tentu hala tu, jawab dengan sopan...jangan menjawab macam orang kurang pendengaran...kadang - kadang mannerism...dah kelaziman...hushhhh elakkan ler.
     Kalau menjawab tu, jangan banyak berselindung sana sini, jawab secara jujur...menipu tu tak baik dik...Allah marah dik...
     Kalau tak reti sangat, sebelum korang pegi interview tu, browse le kat tenet cara - cara atau petua - petua nak pegi interview...huh, kalau berfesbuk bukan main lagi...tapi nak guna internet utk cari info - info yang berfaedah tu huh jauh sekali...
Gunakan kemudahan yang ada pada jalan yang baik dikkkk....
Okaylah, sampai kat sini saja lah sesi nukilan untuk malam ni...
Sampai bernukil lagi...
Wassalam

Isnin, 11 November 2013

Emosi oh Emosi

Assalamualaikum Bersiaran lagi kita hari ini.
Alhamdulillah, ada masa terluang, ada idea maka jadi nukilan dalam blog. So malam ni nak cerita pasal emosi lah pulak. Bila sebut emosi, mesti berkait dengan perasaan..bukan perasan ye kengkawan. Emosi manusia ada pelbagai, antaranya, suka, marah, sedih dan benci.
     Sememangnya manusia diciptakan Allah lengkap beremosi. Sedangkan haiwan pun ada perasaan sayang dan takut. Bila kita beremosi tu, biarlah seimbang ye kengkawan. Janganlah asyik nak happy saja kerana bila kita selalu bergembira, selalunya kita akan terlupa sedikit hakikat.
     Akan tetapi, janganlah pula terlalu bersedih, nanti dapat musibat pulak. Marah pula biarlah bertempat, kalau usik sikit nak marah, apa pun tak menjadi. Kawan pun akan membenci. Benci pun salah satu dari emosi juga, tetapi agak negatif. Asyik kita nak benci orang lain, orang lain pun akan membenci kita. Siapa tau kannn?
     So emosi kenalah seimbang, kalau tak seimbang, itu yang timbul masalah kesihatan mental tu. Dah ke lain jadiknya. Kasih sayang pun emosi jugak...emosi jiwang bak kata orang muda...dalam hati ada taman gitu...time tu, berangan aje lah..semuanya indah belaka, bau busuk pun jadi wangi lah...heheheh itu dah consider macam emosi berlebihan.
     Bercakap tentang marah, marah ini adalah salah satu cara syaitan tu nak memusnahkan insan. Sebab bila marah, kita tak sedar apa yang kita katakan malah perbuatan kita juga akan berlaku di luar kawal. Bahaya tu kengkawan.
     So bila kita rasa macam nak marah tu, cepat - cepatlah kita menyebut 'A’-uudzu billahi minas syaithanir rajiim, In Shaa Allah, marahnya akan hilang.
     Seterusnya, bila rasa nak marah tu, elok - eloknya bawa berdiam dan jaga lisan...seeloknya shut your mouth lah...sebab bila dalam keadaan marah, lisan kita akan mengeluarkan kata - kata yang tidak elok dan boleh mengundang kemurkaan Allah Taala. Na'uzubillahiminzhalik...
     Selain daripada itu, tukarlah posisi ketika kita dah mula nak marah iaitu dengan mengambil posisi yang lebih rendah, yakni kalau sedang berdiri maka duduklah kamu. Ini disebabkan bila masa kita marah tu, kita akan cenderung untuk meninggikan diri dan nafsu kemarahan itu akan dilampiaskan dengan lebih hebat lagi tau kengkawan. Bahaya tu... Tak caya ...haa baca ni dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menasehatkan,
 إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ 
 Apabila kalian marah, dan dia dalam posisi berdiri, hendaknya dia duduk. Karena dengan itu marahnya bisa hilang. Jika belum juga hilang, hendak dia mengambil posisi tidur. (HR. Ahmad 21348, Abu Daud 4782 dan perawinya dinilai shahih oleh Syuaib Al-Arnauth).
     Seterusnya...bila ada tanda dan simptom nak naik angin jer (marah le tu), kengkawan baca dan ingat hadis ni: Dari Muadz bin Anas Al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ كَظَمَ غَيْظاً وَهُوَ قادرٌ على أنْ يُنفذهُ دعاهُ اللَّهُ سبحانهُ وتعالى على رءوس الخَلائِقِ يَوْمَ القيامةِ حتَّى يُخيرهُ مِنَ الحورِ العين ما شاءَ
 “Siapa yang berusaha menahan amarahnya, padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang dia kehendaki. (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan Al-Albani)
Baca lagi satu hadis ni: Hadis dari Ibnu Umar,
 من كف غضبه ستر الله عورته ومن كظم غيظه ولو شاء أن يمضيه أمضاه ملأ الله قلبه يوم القيامة رضا
Siapa yang menahan emosinya maka Allah akan tutupi kekurangannya. Siapa yang menahan marah, padahal jika dia mau, dia mampu melampiaskannya, maka Allah akan penuhi hatinya dengan keridhaan pada hari kiamat. (Diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dalam Qadha Al-Hawaij, dan dinilai hasan oleh Al-Albani).     
     Uishhh...mesti kengkawan kata, time marah manalah nak ingat ni semua kan....tapi practice make perfect...dan dalam erti kata lain, kita kene faham, orang yang dapat menahan kemarahannya, besar ganjaran dan penghormatan yang akan diberikan Allah kepadanya.
     Lagi satu, kita boleh mengelakkan diri kita dari terkena pelbagai penyakit medikal yang diakibatkan oleh emosi marah ni..contohnya Hipertensi, Mental Illness...susah beb kalau dah dapat penyakit ni.
     Lagi cara untuk kawal emosi marah ni, ambil wuduk atau mandi jer terus...sejuk sikit kepanasan dalaman dan luaran kannn.
 Terdapat hadis dari Urwah As-Sa’di radhiyallahu ‘anhu, yang mengatakan,
 إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
Sesungguhnya marah itu dari setan, dan setan diciptakan dari api, dan api bisa dipadamkan dengan air. Apabila kalian marah, hendaknya dia berwudhu. (HR. Ahmad 17985 dan Abu Daud 4784)
     So kengkawan yang saya sayangi sekalian...kesimpulannya, manusia ni dilengkapi dengan emosi, tetapi manusia juga perlu seimbangkan emosi kerana setiap perlebihan sesuatu emosi itu akan mengundang suatu implikasi yang tidak baik dari segi rohani dan juga jasmani malah akan menimbulkan masalah dalam masyarakat serta akan mengganggu ikatan silaturrahim.
     Alhamdulillah, ini saja perkongsian sayan untuk malam ini. Semoga sama - sama kita dilindungi oleh Allah dan diberkati oleh Nya...
Amin Wassalam...

ISNIN LAGI...

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum 
Selamat hari Isnin... 
Hari Isnin, macam biasalah...nak bangun pagi banyak tawar menawar dengan tilam dan bantal...tawar menawar dengan alarm... Kemudian dalam otak ni siap lagi berfikir...kalau tak pegi keje, nak bagi alasan apa ek kat bos? Ermmm siap lagi tu cuba - cuba berfikir kalau - kalau ada simptom tak sihat yang dirasai..jadi leh amek MC dan tak yah pi keje..hahaha lawak kan Tapi bahagian positif dalam diri ini lebih kuat...cepat2 menyedarkan diri bahawa kerja tu amanah...kalau tak pegi keje hari ini tanpa sebab yang logik dan telus...tak pasal2 kang dapat musibat sebab Allah tak suka kita berbohong...berdosa. 
So makanya bersiaplah sekemas - kemasnya ke tempat kerja untuk menjalankan tugas. Semoga gaji yang kita dapat tu berkat dan halal. Actually Isnin ini adalah hari yang baik..permulaan minggu...kemudian Nabi kita dilahirkan pada hari Isnin. Banyak lagi sejarah yang berlaku pada hari Isnin. Even aku pun melahirkan kedua - dua anak pada hari Isnin. So kene positiflah..janganlah asyik negatif saja kan... 
Kadang - kadang tu bila takde persediaan untuk hari Isnin, itu yang akan membuatkan kita berasa penat, bosan dan mengantuk pada hari Isnin. 
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan those things from happening, lakukan persediaan sebaik mungkin lah... Mungkin dari segi pakaian, ironlah baju lebih awal, plan nak sarapan apa. Sediakan peralatan yang digunakan tu lebih awal. Kalau drive, isi minyak sehari lebih awal, so pagi2 nak pegi keje takyah lah sibuk cari petrol pump untuk isi minyak. Then tido awal sikit, pastikan badan kita cukup rehat. In Shaa Allah... Mood pulak, janganlah asyik letak rasa benci nak pegi keje, kalau tak keje, mana nak dapat duit gaji, nanti nak makan apa? Kalau asyik benci dengan tempat keje tu, haaa resign...cari kerja lain yang lebih disukai. Ada gak orang yang bila kehendaknya tidak dapat dipenuhi di tempat kerja, mula lah dia mengutuk tempat kerja tu, macam2lah...kerja lebih lah, kerja beratlah...gaji sikit lah... Tapi hujung bulan dapat gaji, sedap kann... itu lah hasil kutukan anda... Nak jadi manusia ni, jangan berat sebelah, berfikir tu kenelah ada berkonsepkan 6D (6 dimension)..i mean, fikir dari pelbagai sudut. baru lah nampak gambarannya. Kalau tak faham dengan cara kerja, cubalah cari tahu, janganlah asyik nak cari pasal. Islam kan menggalakkan keharmonian. 
Hidup kenelah beralah...bukan mengalah atau bukan asyik nak jadi pemenang. Selalulah bermuhasabah diri. Macam mana nak bermuhasabh diri? Caranya senang saja...cermin - cerminlah diri kita selalu. Selalu - selalulah bertanya kepada diri sendiri, kenapa sesuatu itu berlaku pada kita? dan ..ingatlah Allah sentiasa. Berdoa padanya, kerana setiap apa yang berlaku adalah adil sebab apa yang terjadi adalah atas izin Allah serta pasti ada hikmah disebaliknya. Okaylah..time is up...resting time is over and now...working... Next time kita on lagi okay... 
Wassalam...

Jumaat, 8 November 2013

Awal Muharram

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Lama sudah tak bersiaran... Actually, there are a lot of things that i want to share here in my blog but then, the idea to rearrange my words, my sentences was not there. Till now..but i just do try my best ok.. Well..tahun baru sudah menjelang, buku lama sudah diganti dengan buku baru...InsyaALLAH azam baru akan disemaikan di dalam buku baru, azam yang baik, azam yang suci. Flashback tahun lepas...awal tahun berjalan dengan lancar, tetapi apabila aku merayap ke penghujung tahun, cabaran dan ujian semakin hebat... Ya Allah, sesungguhnya aku hanya meminta perlindungan Mu... Kos hidup semakin tinggi, anak - anak semakin membesar, memerlukan belanja yang banyak...sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan segala - galanya untuk mereka, rumah tempat perlindungan, makanan, pelajaran dan berbagai lagi. Tugas pula menjadi semakin berat, dengan pelbagai kerenah, pelbagai ragam...pelbagai kehendak yang hendak dipenuhi... kadang - kadang aku penat...penat mengurus hal - hal kerja...tapi apakan daya, demi untuk mendapat rezeki yang halal... Dalam kepayahan itu, aku tetap sujud padaMu Ya Allah, aku merintih padaMu Ya Allah. Jangan Kau beri sesuatu yang tidak mampu aku tanggung, berikanku kekuatan Ya Allah, Lindungilah aku Ya Allah...lindungi keluargaku Ya Allah... Maca - macam harga barang naik berikutan dengan harga petrol yang meningkat...apa nak buat, kehidupan di Malaysia yang semakin mewah...tapi aku ni tergolong di golongan pertengahan...nak mohon bantuan tak layak, nak harapkan gaji pun tak banyak... akan tetapi, kene muhasabah diri selalu...kesederhanaan itu selalu mengingatkan kita ini adalah hambaNya Kemudiannya, kerja pulak..wahhhh wahhh wahhh...semakin hari semakin berlambak...tapi Alhamdulillah...aku dapat organize masa...dan akan organize sebaik2 mungkin...Semoga Allah membantu aku memudahkan urusan dunia dan akhirat... Anak - anak pulak...ermmm dak kakak macam tu lahh...sekolah asrama arab...sibuk dengan taekwando...tapi kata dua diberikan juga...if u r not perform well in ur exam, i will cut off ur taekwando...so beware ok... Ada gak lah sebagai ibu ni aku frust dengan sikap anak2...jiwa aku yang kahaw ni ada gak tersentuh dengan sikap anak2...tapi itu semua dah diAMPUNKAN...biasalah anak2 ni adakalanya dia buat perangai...so remember child...jika anak2 buat ibu menitiskan airmata kesedihan kekecewaan, neraka jahanam tempat mu... so aku tak nak lah anak2 aku ke sana...kesian diorang.. Ya ALLAH, lindungilah anak - anakku, berkatilah mereka, ampunkan dosa - dosa mereka... Tentang kekasih hati...hahahaha...biasalah..kejap jadi duri, kejap jadi penawar...hahahaha sedang lidah lagi kan tergigit...tapi walaumacam mana pun, dia lah cinta hati aku...susah senang, In Shaa Allah...kasih sayang tetap bersama dia...we are family...so bonding memang kuat...kalau tiba masa rasa macam sakit hati jer...aku akan cepat - cepat pikir hal - hal yang indah dan best so rasa sakit hati tu will diminished...pastu..aku pun selalu muhasabah diri...aku pun not perfect dan kadang - kadang tanpa disedari ada kot perangai aku yang tidak disenanginya...so give and take lah... Allah dah tentukan semuanya...apapun...kami bahagia...kami bersyukur ke hadrat Illahi... Amin... So masuk tahun baru ni, 1435H...aku berharap agar, kami sekeluarga diberi petunjuk dan hidayah, dimudahkan rezeki yang halal,dikurniakan zuriat yang ramai dan sihat, diberikan kemudahan dalam segala urusan, diberikan kecerdikan dan kejayaan yang besar oleh Nya...In Shaa Allah... Jadi sama - samalah kita mengecapi dan bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan kerana sesungguhnya semuanya adalah milik mutlak ALLAH...kita hanya meminjam untuk sementara sahaja... Sekian sahaja untuk nukilan kali ini... SAYA SAYANG KELUARGA SAYA...

Rabu, 6 November 2013

ADAB - ADAB PELAJAR DENGAN GURU

Salam... 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi Hidup sebagai seorang pengajar ni bukannnya senang.. Sebagai pengajar, kita diberi amanah untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid kita. Untuk menjadi pengajar yang baik dan berjaya, pertama - tamanya niat kenelah ikhlas. Dalam apa saja tugas atau perkara yang kita lakukan, walau di mana pun berada, niat MESTI ikhlas. Kemudian, seorang pengajar itu, hendaklak sayang kepada pelajarnya bagaikan anaknya sendiri. Walaubagaimanapun, sedangkan anak sendiri pun kadang - kadang ada yang melukakan hati, apatah lagi pelajar. 
     Jadikan, sepandai mana pun seseorang pelajar itu, tidak akan berkat ilmunya jika dia tidak menghormati gurunya. Orang yang mencintai ilmu akan menghormati orang yang berilmu, menghormati orang yang berilmu akan memudahkan keberkatan ilmu. Di samping itu juga dia juga akan mendapat pahala ibadat semasa menuntut ilmu. Antara adab seorang murid dengan gurunya: 
1. kasih kepada guru sepanjang hayat. 
2. berbaik sangka terhadap gurunya, jgn sesekali mencurigainya.
3. merendah diri dgn guru walaupun usianya lebih muda. 
4. mematuhi dan mentaati perintah dan arahannya. 
5. mengemaskan diri sebelum masuk b'jumpa dgnnya. 
6. menghormati majlisnya. 
7. menghadiri majlisnya lebih awal sebelum dia sampai. 
8. membelanya jika ada org yg cuba memburukkannya. 
9. menghormati keluarga dan zuriatnya. 
10.tidak bersahabat dgn musuhnya dan tidak membenci org yg dikasihinya. 
11.suka berkhidmat utknya. 
12.sentiasa memberi salam apabila b'jumpa dgnnya. 
13.jgn membanyakkan b'cakap-cakap dihadapannya. 
14.jgn b'cakap sebelum guru bertanya. 
15.jgn bertanya kpd guru sebelum meminta izin. 
16.suka meminta pendapat atau pandangan terhadap sesuatu perkara yg akan dilakukan. 
17.jgn menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap pendapatnya. 
18.jgn mengisyaratkan kpd guru dan menyalahi pendapatnya dan rasa lbh pandai dr guru. 
19.jgn berbisik-bisik dgn org yg duduk ditepinya ketika guru memberi pelajaran. 
20.jgn b'paling ke kiri dan ke kanan dihadapan guru. 
21.jgn byk bertanya kpd guru ketika dia letih. 
22.apabila guru b'diri hendaklah kita berdiri utk menghormatinya. 
23.jgn b'tanya ketika dia bangkit dari majlisnya atau ditengah jalan kecuali dia sampai dirumahnya atau ke tempat duduknya. 
24.jangan buruk sangka t'hadap guru apabila melihat guru mengerjakan sesuatu pekerjaan yg pd zahirnya menyalahi ilmunya (bukan perkara agama). 
25.bersungguh-sungguh mengikut arahan guru. 
26.suka b'hubung dgn guru utk mendalami ilmu. 
27.jgn banyak bercakap dihadapan guru sebaliknya mendengar percakapannya. 
28.rendahkan suara dihadapan guru. 
29.jgn lakukan perkara yg tidak disenangi oleh guru. 
30.menunjukkan kesungguhan ketika belajar dgn memberi perhatian atau membuat catatan. 
31.cuba mencontohi akhlaknya. 
32.mengucapkan terima kasih dan sentiasa doakan kebahagiannya. 
33.jgn tipu pertanyaan dari guru tentang diri kita. 
34.mengunjunginya ketika sakit,apabila dia meninggal dunia,sembahyangkannya dan mengiringinya ke kubur.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua.
Wasssalam